Wednesday, July 6, 2011

apabila artis mempermainkan adat istiadat

adat istiadat ni bukan perkara mainan..
ia merupakan warisan nenek moyang yang perlu kita pelihara..

skrg ni, banyak sangat pihak yg mempermain2kan adat. sampai sanggup memperbodohkan diri sendiri, utk apa? popular?

mmg la popular, tapi x lama, sebab pastu.. org jd benci..

korang x tahu ke? mat saleh pun tahu nak hormat adat dan juga istiadat org melayu.. james brooke sebelum dia ambik alih sarawak pun, dia libatkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran. sebab apa?? sebab pembesar2 ni lebih arif dan boleh membantu dia dalam memudahkan mentadbir sarawak. mcm tu jugak dengan Syarikat Borneo Utara British yang sanggup mohon Piagam Diraja British utk dapatkan kebenaran mentadbir Sabah. dan kerajaan British bg 5 syarat yg perlu dipatuhi dan salah satu daripadanya ialah, SBUB hendaklah menjaga adat, peraturan dan juga agama masyarakat pribumi Sabah..

tu mukadimah jah.. yg mana tuan tanah nak bgtau, betapa pentingnya adat dan istiadat ini diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. x guna kita dok canang n berkempen sana sini kalau menda yg penting ni kita campakkan ianya ke tepi..

minggu lepas, dalam rancangan bang bang boom.. ada 1 slot yg mana kita nampak si zuan melodi ini telah menghantar rombongan meminang rafida ibrahim kat umah dia..dengan ada wakil, hantaran peminangan dan sebagainya lagi. lengkap dan segak..

utk lebih detail, korang taip je kat youtube. ada video kat situ.. malas tuan tanah nak link2** erk

rupanya, rancangan peminangan itu adalah direka2 sahaja, dengan alasan, si fida ni penah cabar zuan utk datang meminang kalau berani sangat. so, dia pun meminang la, dan lepas si Fida setuju, dia pun kensel at d same time n cakap, tu hanyalah mainan semata2..

at 1st.. i feel very sorry n pity for this gurl.. really! sebab pd video yang pertama, si fida seolah2 sudah setuju dan menerima utk dipinang oleh Zuan. n bila Zuan cakap ianya adalah permainan semata2.. ada la adengan lagu2 sedih n dia pun nampak mcm sedih..

tuan tanah x nak la terus updet kat blog mggu lepas sebab nak tgk sambungan dan apa kesudahan, maybe gimik drama ke apa ke.

n mggu ni, which is jam 10.30 malam td, terbongkar2 la segala2nya.. di mana kedua2 maklok ini saling mengenakan antara satu sama lain. x paham??? sedangkan td bukan main si Fida ni menangis bagai nak rak, sebab katanya hati telah dilukai. n now??? whats happend to u gurl??

ni la antara contoh 2 manusia yg x paham adat istiadat.. mempermainkan mende ni seolah2 merupakan perkara biasa.. korang pernah dengar pepatah biar mati anak, jangan mati adat.
amalan risik merisik, meminang merupakan adat org melayu sebelum terus kepada upacara pernikahan.

yg mcm diorg buat ni, memalukan diri sndr. mcm dah x de modal nak lariskan rancangan..

trust me, korang akan dibenci kot lepasni. n ntah2., rancangan yg konon gempak tu pun bungkus sekali.

1 comment:

  1. xda kesedaran sivik la retis ni
    sib baik ÄKU BUKAN RETIS"

    ReplyDelete