Monday, May 30, 2011

sendiri di hulu bendul, negeri sembilan


mggu lepas, tuan tanah ada keje kat ulu bendul sana.. sementara dah siap, jalan2 la kejap bawak diri kat sana.. mmg best. tenang n damai je utan dia...


sesuai utk bawa hati yang lara, utk insafi diri, utk lari dari kekasih.. ada jugak chalet yang disediakan kat sini..



see tasik dia..nice kan? ikan pun banyak..
sempat la jugak tuan tanah manjat gunung angsi n mandi manda kat sana.. pasni ingat nak manjat gunung dato plak. jum2!! hehe

Saturday, May 21, 2011

cikgu!! zip seluar cikgu terbukak!

well, sepanjang minggu lepas, ialah minggu exam kepada pelajar2 smk sri andalas. mggu depan pun exam jugak..

so, lega la sket beban nak buat RPH.. haha, mampu kata beban? well.. mmg tuan tanah suka mengajar, tapi bab nak buat RPH.. malas ok malas.. ibaratnya lebih sanggup utk mengajar 30 masa dari buat 2 RPH..

so, sebabkan tuan tanah cikgu baru, x berapa nak tau la prosuder2 dan peraturan2 exam.. mcm ari jumaat lepas, tuan tanah x nampak jadual yg tuan tanah kena amek kertas paper utk pelajar exam.. paper maths. tuan tanah ingat start jam 3.. so, pas semayang jumaat, rilex2 la dulu kiranya.. dah sampai kat sekolah, boleh plak pegi kedai potostat segala.. sekali cikgu ila aka setiausaha exam jerit dari atas..

"farid, ambik paper, dah jam 2.30!!"

saya jam 3 kak ila!!

tengok balik jadual kamu!

OMG!!! terus tuan tanah lari gegas2 naik tangga n ke bilik akedemik.. sampai je kat sana, terus capai kertas soalan dan lari ke kelas..

pastu terus wat2 muka garang ok.. ye la, dah kita lambat n nak bg student senyap, kena la buat muka garang..

tapi ada bebudak neh dok gelak2 tetiba..

terus tuan tanah sound.

" hah, kenapa yg gelak2?? nak saya bg kosong utk exam?""

tada ciguu.. itu zip ciguu tarak tutup......

terus tuan tanah malu alah ye.. ni mesti dia terbukak time lari2 lompat naik tangga..

1 kelas gelak sinis.. pastu penyelia plak lalu n tegur kelas x bersih.
1 hal lagi kena..

pastu bila dah edar kertas soalan, tuan tanah memandai suruh diorg jawab sebab jadual ntah ke mana ilang plak..

tetiba sorg student ni cakap, cikgu jam 2. 50 baru start cikgu!!


ok!! jangan jawab lagi.. tutup kertas! lagi 5 minit!
terus bebudak ni mengeluh kuat2..

hahahha..

aiyoo... 1st time jd kelam kelibut mcm neh.. padehal br minggu kedua.. hahaha..erkk! x lawak ke?

Monday, May 16, 2011

apabila pelajar ucapkan selamat hari guru, air mata saya tumpah..

tajuk da serupa enteri. boleh?
today is my very 1st time seleberit teachers day..
tapi sentap sebab x dapat adiah apa2. nanges**
tapi, ucapan dari pelajar pun dah lebih dari cukup..sumpah, terharu kot..
sampai jek kat sekolah, bertubi2 terima ucapan..
"sir, happy teachers day!!"

hehehe.. tengkiu ye anak2 mured sume..

2 mggu kat sini.. kejap jek rasa. pejam celik..pejam celik.. dah 2 mggu..
org kata.. jd cikgu ni x boleh memilih..
dan tuan tanah bersyukur, tuan tanah dapat kelas yg boleh tahan nakal, tetapi mendengar kata.
buat pertama kalinya, tuan tanah bangga memiliki wajah garang dan jantan. hahha

kwn2 pompuan sume bila balik bilik guru je menangis occey!
betapa la bebudak skrg ni sangat la...............*(&*(^*&)

tapi nak wat camne kan?? dunia akhir zaman..

apapun.. saya gembira dengan pilihan saya dan saya suka menjd cikgu!
terima kasih kepada bekas2 guru yang pernah mendidik saya... yg berjaya tanam minat supaya jd cikgu neh..

n kepada semua guru2 d malaysia dan seluruh dunia.. selamat hari guru saya ucapkan!


apabila 3 farid berjumpa...

hari sabtu n ahad lepas sure korang dapat banyak invitation utk wedding kan?? tuan tanah pun sama.. x menang tangan. opps..
hahaha..

ekceli, tuan tanah x kenal pun, ni kes kwn kepada kwn la.. tapi, idok lee tuan tanah serang majlis org secara haram.. tidak sopan ye. kata cikgu.. kena la siaga. hahahaha

okeh.. ahad lepas, tuan tanah n beberapa org kwn, g la kat 1 wedding.. menariknya, tuan tanah berjumpa dengan 2 org yg sama nama, n boleh masuk kepala.. mean, sekali jumpa.. terus kamceng.. boley?hehehe



ok, dari tepi.. farid yusof, farid azuan n farid hanafi.. yaaayyy!!! 3 org farid.. hehehe

ni plak, nangka, farid n farid.. hehhee..

lets see d picta!!








erkk!! mana gambr pengantin?? hahahah

Monday, May 9, 2011

hari pertama di smk andalas

alhamdulillah.. tuan tanah selamat jalani praktikal ari pertama tanpa lebam d muka, tanpa calar balar d motor, tanpa patah kaki dan juga tangan.. hahahaha

selamat sudah tuan tanah buat pertama kali jalani praktikal..
disambut dengan baik dan mesra oleh para guru dan sesetengah pelajar..

kenapa sesetengah? biasala.. masih belum ada yg boleh menerima kita sepenuhnya..
jadi, redha, hadapi dengan hati yg terbuka dan cuba menangi hati mereka..

bagaimanapun, kadar disiplin yang agak mmbimbangkan d samping kejadian gaduh yg sering berlaku membuatkan tuan tanah berfikir banyak kali dalam melakukan sesuatu perkara..

ye la.. pelajar2 skrg,jiwa mereka panas dan kuasa mereka, melampaui kuasa yg dimiliki oleh pengetua..

penolong kanan sendiri galakkan kepada guru2 baru utk bawa rotan dan gertak pelajar2 yg degil dan malas ini..

tapi, apa pun.. tuan tanah lihat dulu pada keadaan.. tidak semua benda memerlukan kekerasan sebagai penyelesaian..
mungkin ada sebab dan faktor yg mendorong kepada pelakuan mereka..

jadi, sebagai guru baru, tuan tanah dan rakan2 yg lain, menyeru supaya banyak2 bersabar, jangan pilih kasih antara pelajar, jangan racist dan cuba utk menangi hati mereka..

sekian...