Wednesday, June 22, 2011

iklan hari bapa yg mcm sial


sial x? hahahha

daging burger yang dibuat dari najis manusia. poop burger!!!



aiyoo.. gelik lah! jepun ni mcm2.. pas telur ditiru.. now najis nak buat makanan plak??
sentapmaknak!! sangat profucktif sangat negara neh..

nak taw lebih lanjut, moh kita baca keterangan neh..


Mitsuyuki Ikeda, seorang pengkaji dari Okayama Laboratory, telah menghasilkan steak tiruan dari tahi manusia. Tokyo Sewage mulanya menghubungi saintis tersebut mencari penyelesaian kepada najis yang terlalu banyak di loji buangan najis. Mereka memintanya m...encari kegunaan lain untuk najis tersebut kerana ianya mengandungi protein yang berlebihan disebabkan bacteria yang banyak. Para pengkaji kemudian mengasingkan bahan proteinnya, mencampurkannya dengan pemangkin dan memasukkan bahan2 tersebut ke dalam mesin peletup untuk menghasilkan steak tiruan. 'Daging' yang terjadi mengandungi 63% protein, 25% carbohydrates, 3% lipids dan 9% mineral. Para pengkaji kemudian menambah pewarna merah dan perasa soya untuk menambah kelazatan. Ujian awal menunjukkan orangramai yang merasa daging tahi ini tidak dapat membezakannya dengan daging lembu. Quote: It's being called the "poop burger". Japanese scientists have found a way to create artificial meat from sewage containing human feces.

camno?? ada rasa rama2 terbang dalam perut x? dah la br jek makan beger giant! erk**

Tuesday, June 21, 2011

cikgu main dengan anak murid


minggu ni, mggu depan, mmg depan lagi n mggu lagi depan adalah minggu cikgu main dengan anak murid..

cikgu2 ditugaskan untuk memilih pelajar yg berpotensi dan diketengahkan..
so, bermulalah pencarian tuan tanah terhadap murid2 yg berpotensi dan berkualiti ini..

mesti korang yg otak separa warna mikir yg bukan2 kan.. keji lah!
tapi bukan sng nak pilih pelajar neh.. bcinta la nak nampakkan hasil..

potensi apa ?? potensi dalam bidang sukan haaa...

ye la.. mggu sukan2 sekolah kan. kena la antar pelajar2 yg berkualiti..

mcm mggu ni, tuan tanah kena cr pelajar utk acara lompat tnggi. banyak yg berbakat.. utk form 2, ada yang boleh lepas pd ketinggian 150.. tu br form 2.. x masuk g form 4, form 5..

gamaknya selalu sangat melompat kot. hahaha..
so, mggu ni, mmg tuan tanah agak bz la yeeehhh.. ditambah dengan penukaran jadual baru, kelas tuan tanah pun bertukar lagi nampaknya.. haisshh..

tapi apa pun, semoga apa yg tuan lakukan diberkati oleh allah s.w.t dan mendapat kerjasama daripada semua pihak.. amin..

Monday, June 13, 2011

laluan motor highway sangat bahaya!

hello..
tuan umah nak kongsi pengalaman la sket.. berkaitan dengan keadaan laluan motor atau dikenali juga sebagai laluan sikal bg penunggang2 motor yg guna plus ke, kesas ke, lekas ke n etc..

tuan umah sejak2 duduk kat klang ni, agak terputus atau boleh la kalau nak kata putus terus hubungan dengan kwn2 sebab kat sini jauh dengan public teranspot. hahha..

so, nak x nak kena la belajar sndr camne nak g ke sesuatu tempat by bike. rempit ok skrg**

tuan tanah ni ada 1 penyakit. susah nak ingat jalan atau hafal2 lorong2 kalau nak ke sesuatu tempat. n trust me.. 4 tahun tuan tanah kat tg.malim.. still sesat2 walau nak ke pekan. teruk kan?
i dont know what to call dis kind of disease..

nak kata bodo, idok la sehazab mana.. nak kata x cuba, berjuta2 kali dah .. tapi, entahla. my family pun sedia maklom dengan keadaan tuan tanah.. lumpuh bila memandu kereta dan menghafal jalan2..

but, i can read signboard!!

so, since bosan x tau nak buat apa.. tuan tanah ajak la sorang kwan yg sama nama ni, tunjuk jalan kat tuan tanah..

bayangkan la.. dulu waktu memula datang, tuan tanah pun suruh dia jugak tunjuk sekolah tu kat mana.
even dekat je dengan umah, terpaksa lukis map ok.. lekat map atas motor. peta ala kajian tempatan sangat..

siap mention, nampak traffivc light esso, kona kiri.. nampak kfc, masuk kanan.. n etc la.. rubbish kan? erk!

so, waktu cuti sekolah 2 mgu aritu. tuan tanah belajar camne nak ke jusco bukit tinggi, camne nak ke subang ikut kesas n etc2 la..

hahaha.. tu pun takot2 jugak.. n lebih menakutkan, bila laluan motor highway juga sangat menakutkan bg pendatang baru dalam arena permotoran ini. selendang jatuh**

bayangkan la.. ada 1 tempat tu, langsung x de lampu jalan n kiri dan kanan plak pokok2 bagai. da mcm dalam utan dah rasa..

nak lagi hebat, xde 1 motor langsung lintas atau follow tuan tanah. diorg banyak ikut highway yg kereta lalu.

tuan tanah pun teringin nak lalu situ, tapi bayangkan kereta2 n lori yg dok lelaju, batalkan saja niat dan terus dengan laluan motor saja.

ye la.. mcm2 boleh jadi kalau sorang kan? bukan setakat takotkan maklok2 halus saja, pencuri, penyamun, perogol, hatta kalau motor rosak, camno nak buek dalam gelap?? hoooo...

bahaya2... maybe sebab tu la tuan tanah tgk, ramai org yg bawak motor, lebih suka ikut laluan kereta.. soal keselamatan la kot..

so, korang ada penyakit susah nak ingat jalan ke x??

p/s: bakal pasangan idop saya mestilah seorang yang pakar bab2 jalan n ada gps dalam otak dia. erk!

Saturday, June 11, 2011

rambut bau kedai x?


x ley bla kan?
sekalian alam sedia maklom.. bg yg dok baca belog tuan tanah.. dia tau la tuan tanah cukup pantang kalau rambut tuan tanah neh panjang sket..

ye la.. rambut kita bukan cantik mcm rambut awak2 sume yg baca neh..

kasar, keras, kerinting n kembang!

tiap kali tuan tanah g kedai gunting rambut, mesti ah-so2 tu akan cakap..

"aiya.. u punya rambut, ada serupa dawai ma"

" ai pakai wax la nyaaa..itu pasai keras, sudah! gunting je la"

stress ok.. dok kritik2 rambut tuan tanah..

tapi sebabkan cuti sekolah baru2 ni 2 mggu.. tuan tanah pun biar la rambut manjang jek.. kekadang, tuan tanah pun eran.. nape la rambut neh cepat sangat manjang. kalau tumbuh tu lembut dan lurus x pe jugak..

ni, nyakitkan mata jek..


mcm aritu la..sesedap tuan tanah hirup sup kobis, terjumpa bulu dalam sup.. bila tgk, panjang semacam.. x lain x bukan, rambut la neh.
tapi sebabkan rambut sndr, telan je la sup tu.. ye dok? hahahha

tuan tanah lebih suka botak sbnrnya.. jimat. x yah nak wax, x yah nak sempo. tapi sebab tuan tanah punya bidang kereja x leh nak botak sangat..

apa yg tuan tanah boleh buat just layer atau nipiskan rambut supaya nampak ilusi ala2 lurus mcm tu..terbalik meja laptop**

ok, meh nak show off rambut baru sket...
wahhh.. seriyes neh muka!





tuan tanah suka bhg belakang..sebab dia ala2 v ganas.. tapi x leh nak ambik plak.. haishh..

Friday, June 10, 2011

hebat! dia boleh menyerupai sesiapa sahaja! promose phan!!

tuan tanah semalam dok main la utube.. bukak sana, bukak sini.. last2 ternampak 1 video yang 5 juta org view..

so, tuan tanah pun mcm berminat la kan nak tau apa benda yg dia buat sampai 5 juta org view.. sebab dia bukan penyanyi.. bukan pelakon, bukan pelawak dan bukan juga yg dok miming2 kat utube tu.. plus, nama dia pun pelik.. promise phan!

so, tuan tanah pun buka lah! oh mai god!!

tutorial mekap upanya.. motif sangat tgk tutorial mkap.. jadahnya plak kan? kalau pompuan x pe la. ni jantan, mekap jadahnya. nak sorok kat mana misai neh? kan..

tapi sebab tuan tanah kagom, tuan tanah tgk jugak la. mende la sangat yg kagom kan?
seriyes.. kalau korang tgk pun.. korang akan kagum kot..
mcm mana muka tipikal cina boleh jd angelina jolie dengan sekelip mata..

pastu dia jd adriana lima. pastu jd justin bieber, pastu jd kim kardashian.. sampaikan watak2 disney pun dia leh jd..

kuasa mekap.. x percaya?? meh tuan tanah tunjuk bukti.

see??? angelina jolie!!


johny deep


erkk.. ni cina jinjang mana dia tiru pun x tau la..


ni pun sama. x tau jugak.. hahaha

this is... avatar!!!




adriana lima!


disney punya watak. apa nama ntah.. susah nak eja mende alah tu.


woahh!! mystique!!!







hah I think I found the human Flynn Rider !I believe His name is Danny Alejandro NoreƱa ..sila google n add.. LOL~

hah, bg yg nak tgk video tutorial dia.. search jek kat utube.. promise phan..

x pun.. klik kat link bawah neh..



enjoy!

erkk.. kan bagus kalau ada tutorial jd mcm enrique ke. ronaldo ke.. erk!

Wednesday, June 8, 2011

kereta tercantik abad inih!!


meletop kan design dalam dia.. interior hebat sangat!



tuan tanah bukan minat sangat dengan kereta2 neh..
maklomlah.. spesis lumpuh bila pegang stereng. hehe**
so,xde la ambik kisah sangat mengenai perkembangan sejarah kereta tempatatan neh..

tapi x de la sebuta mana.. tau lagi la mana satu kancel, kelisa, persona, satria, n so on..

n ha ah.. tuan tanah suka gila pada satria neo n mini copper!!

so, dah x minat kereta, apohal updet entry pasal kereta kan? x de ...
cuma nak bgtau, jiran tuan tanah beli kereta baru. cantik gila kot..

memula ingat kereta BMW ke, MERC ke apa ke.. rupanya hyundai..
tuan tanah x tahu menahu langsung pasal hyundai.. so, gigih la google.. upanya banyak kereta2 dia cantik.. tapi setakat neh.. sonata neh yg paling grand sekali..

gila cantik kan? dah mcm gabungan BMW, VIOS, HONDA n MERC.. nampak mcm kereta mewah gila.. like bentley. hahaha..

gila x??

Tuesday, June 7, 2011

lady gaga naked!!


oh my!! buta mata..

pasni ntah apa la plak si gaga ni nak buat.. mengucap**

dulu tuan tanah ada la minat jugak..sebab x tau lagi..plus, lagu2 dia mmg catchy..

tapi lagu dia yg paling tuan tanah suka is speechless..


banyak lagi la gambr2 dia yg gila.. tapi takot plak tuan tanah nak letak. kang dicop blogger bernafsu serakah plak. erk!

so, yg nak tgk tu.. rajin2 la korang masuk kat sini...dosa tanggung sndr! hahaha

http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2000003/CFDA-Fashion-Awards-2011-Lady-Gaga-The-Edge-Glory-sheer-slips-reveals-chest.html



p/s: hah, korang yang dah tgk.. minat lagi ke kat minah neh?? tuan tanah dah x minat. takot ada lah

tips kempiskan perut dan besarkan dada


kalau laki2 yg pentingkan kesegakan dan nilai maskuliniti dalam diri, sure nak perut yg kempis, 6pack n dada yg gah terbentang kan?? ok.. here ada beberapa tips yg korang boleh follow..

x kisah sebuncit mana pun, korang akan kurus dan kelihatan segak sekali. tapi kena la buat dan bsungguh2..

jangan mai dok melangut baca, tapi x dak progress apa..

ok.. cara2 dia lagu ni..



(1) Bangun pagi-pagi.
(2) Berdiri tegak. Tundukkan kepala, pandang ke perut.

(3) Bongkokkan badan.
(4) Selak / Buka baju.
(5) Lalu tampar perut berulang-ulang, sambil cakap : "Buat Malu.. Buat Malu.. Buat Malu...!!"
sekian...

p/s: kredit to mustaqim bahadon n google. hahaha

Monday, June 6, 2011

bermula sebagai kekasih, dan berakhir sebagai musuh

kwn.. berkenalan, kemudian mengikat janji setia, bergelar kekasih dan akhirnya menjadi musuh.
normal atau tidak?
one of my frnds dekat fb cakap.. " wtH~"

its like ada org kidnep u, then penculik tu nak keep in touch dengan u. nonsense!

ada plak yg cakap..

dah ludah, x yah nak jilat2 balik...

entah.. i just dont know.. n i have no idea at all.. cuma tergerak d hati utk menulis entry neh sebab pengalaman..

tuan tanah bercinta sebanyak 3 kali. dan kesemuanya sudah menjadi musuh.. sedangkan, tuan tanah sangat sayang dua antaranya..

dah 6 bulan pun berlalu, tapi xde 1 hari pun yang tuan tanah lalui tanpa lupa kepadanya. kepada mereka khususnya.

bukan tuan tanah gila talak, gila meroyan n so on.. whatever it is, im not gona back to them.. plus, one of them yang reject me. LOL~

apa yang tuan tanah nak ceritakan ialah, perasaan terkilan. bila kita bercinta dengan seseorang, kita akan berkenalan dengan rakan2 mereka pd masa yang sama. kita akan kenal keluarga mereka, kenal hati budi mereka. itu masalahnya dengan orang melayu..

pantang date sikit, mula la nak bawak kenal2 dengan kwn2, dengan keluarga n so on..
then, secara tidak langsung kita akan menjadi rapat dengan kwn dan juga keluarga..

dan masalahnya apa??
masalahnya apabila kamu dan dia mengalami masalah dalam perhubungan, kamu bukan sahaja bermasalah dengan ex kamu, sebaliknya dengan rakan2 dan juga keluarga ex kamu..

sedangkan, pada masa yang sama, rakan2 dan juga keluarga ex kamu melayan kamu dengan sangat baik, seolah2 sudah dianggap sebagai menantu..

n i hate that feeling when i miss them! i miss mama, kak long, aizat, n many more!

bila kita break dengan ex.. secara x langsung, kita rasa janggal dengan kwn2 dia.. janggal dengan family dia kalau terserempak..

sangat sedih dan terluka sebenarnya, tuan tanah dah berusaha utk tidak jadikan ex sebagai musuh. tapi apakan daya.. kita cuma manusia, hanya mampu merancang..

apa salahnya kalau terus menjadi kwn.. i know, some of u would say...

" stupid dis payed, nak kwn camne kalau masih ada cinta"

n my answer is.
" hello!! u not own dis world n ur not a god of love! if u love them, lepaskan je la. biarkan dia mencintai org yg dia cintai.. "

mencintai itu bukan bermaksud memiliki.

kalau ikut cinta, meriah la idop tuan tanah, banyak org tuan tanah cinta neh.. tapi, kita juga kena pikir mengenai perasaan org lain kepada kita juga.

so, kamu2 yg dok baca melangut neh... ex kamu skrg jd musuh ke kwn?

Sunday, June 5, 2011

biarkan gambr bercerita~


kadang2.. gambr itu menceritakan 1000 mcm peristiwa..

ada penceritaan dan kenangan di setiap gambar. penceritaannya pula ialah berbeza antara satu sama lain. bergantung kepada mata yang melihat. sama juga seperti manusia. kepelbagaian jenis dan aneka ragam menjadikan manusia itu unik dan tersendiri.

dan gambar juga mempunyai nilai dan keunikannya bergantung kepada mata yang melihat..

tuan tanah x de keje sangat arineh.. so lets kita korek2 gambar dan biarkan gambar itu bercerita~

mungkin pada mata yang kasar, dia sudah bersedia utk diambil gambar..
mungkin juga dia meminta utk diambil gambar..
mungkin juga dia tidak menyedari gambarnya diambil..

hakikatnya.. hanya dia sahaja yang tahu..

sama juga mcm kehidupan. kita menilai perbuatan org tanpa kita sedari kenapa dan mengapa dia lakukan sedemikian..

perbuatan itu tidak melambangkan sikap.. jangan mudah kita menilai org dengan pandangan mata kasar, kerana setiap org mempunyai alasan mereka yang tersendiri.

mereka seronok utk bergambar..sehinggakan tidak menyedari, ada pihak lain yang turut melakukan perbuatan yang sama..

kadang2..kita terlalu sibuk utk mengambil tahu kisah org lain, terlalu menjaga hal org lain sehingga tanpa sedar, hal dan masalah kita yang kemudiannya diceritakan oleh org lain..


gambaran yang gembira tidak hanya boleh diukur melalui wajah yang tersenyum. kerana adakalanya.. terdapat mereka yang ketawanya terukir dalam tangisan.




dan tidak semua mereka yang ketawa itu gembira.. mungkin ada pihak yang terluka tanpa mereka sedar.

mungkin juga ketawa yang kita dengarkan, mengundang perasaan kecil hati dan marah kepada org lain. hakikatnya, gambar cuma imej pegun, yang mana kita tidak nampak pergerakannya.. tetapi melalui imej pegun ini.. kita adakalnya dapat melihat kembali kenangan lalu, kerana setiap gambr itu mempunyai cerita dan penceritaan yang tersendiri.

mungkin mereka hanya dilihat berdua dalam gambr ini.. tetapi sekiranya diteliti. mereka tidak berdua.. sebaliknya berlima..

manusia adakalnya mudah utk menuduh dan menunding jari, menyalahkan seseorang walau dengan bukti yang tidak pasti.. itu sering saja berlaku.

walaupun gambr kelu tanpa suara, pegun tanpa pergerakan. tetapi ia mempunyai cerita yang tersendiri.
jadi.. lihat gambr anda dan apakah cerita di sebaliknya..

p/s: saya x de keje.. heheee

tips mencari cinta sejati

cinta itu sukar kan?
tapi setiap manusia perlukan cinta.
biar bagaimana jua bentuk dan perlakuan, cinta perlu digapai oleh setiap insan.

kadang2.. cinta ini pelik.
kata org, cinta cuma mainan jiwa. ada atau tiada, sama sahaja.
mungkin bagi sesetengah org.. tapi bg tuan tanah.. i cant live without love.

bila kita sedia utk menerima cinta. ia akan jauh pergi meninggalkan kita
apabila kita tidak bersedia, dia datang menghampiri, menghimpit, dan segala2nya..

cinta itu bukan diterima kerana anda sudah tidak mampu lagi menanggung sunyi sendiri
tapi bila anda rasakan bahawa .. yes! dia insan terbaik buat kamu..

cinta itu bukan ertinya rindu yang menyala pd pertemuan pertama,
yang berakhir di kaki katil pada pertemuan kedua kalinya..

bukan juga perasaan tertarik pd wajah yang sempurna,
dan terus mengikat janji keesokannya..

cinta itu juga bukan mudah seperti yang disangka dan tidak lah juga sukar seperti yang diduga..

cuma, kita perlu bersabar dalam menanti kehadiran cinta..

usah risau kalau diri masih single, masih x laku2.. bukan bermakna anda ini tidak disukai oleh org.. tetapi sebaliknya, anda diberikan peluang utk berfikir dan memilih yang terbaik.

tuan tanah sendiri pun masih belum berpunya. masih juga hidup.. masih juga bernyawa..
cinta itu kehendak, bukan keperluan.

jadi.. utk mncr cinta sejati.. bermula lah sebagai kwn.. kenal hati budi.
usah mengikat janji secara membuta tuli.. kenali dulu peribadi dan isi hati..

dan kemudian.. tya pd diri. sama ada dia yang kamu cinta atau tidak..

cuma utk berfikir. cuba untuk bertanya. apa akan jadi sekiranya kamu memilih dia..
apa akan jadi sekiranya kamu meninggalkan dia..

semua faktor perlu diambil kira. bukan setakat paras yang tampan dan penampilan yang anggun semata2.. tapi kenali hati budi, kenali perbuatan.. kerana kamu akan hidup bersama dengan org tersebut..

cinta ini bukan permainan, melainkan kamu berhajatkannya sedemikian..


blog saya telah dimekap oleh budak lelaki sebelah pintu!

bangga ok.. haha.. blog tuan tanah hari neh telah menerima sentuhan tangan dak lelaki sebelah pintu aka hizami rahim neh..ko x bangga blogger terkenal hias2 umah ko.. ibaratnya rizalman yang deko3 tu datang tetiba n susun atur bagai segala2nya.. hoho

thanks yeah zami! cantek x? haha..

n thanks olso sebab tolong letak iklan nuffnang neh.. maklomla.. tuan tanah neh, lumpuh sket kalau bab2 dengan internet neh..

so, thanks again.. happy! hoho