Sunday, July 31, 2011

kemeja branded grade AAAAA rm 60











ada mcm2 jenis corak, bentuk, warna, size.. pm me kalau nak.. inbox at payedd87@yahoo.com

bgtau model. warna n size..

stok adalah terhad..hehe..

so, korang yg melangut kat sini boleh la beli buat adiah pd bf. pd ayah. pd kwn or pakai buar raya..

untuk cikgu2, sure anda akan kelihatan nsem sekali kalau pakai g ngajor. heee

Sunday, July 24, 2011

amy winehouse meninggal dunia






1 kehilangan besar bg penggiat seni dunia.. penyanyi yg cantik dan punya imej unik dan punya suara menarik yg terkenal dengan lagu rihab dah pun memejam mata meninggalkan dunia pd sabtu lepas (23.7.2011) pada usia yg muda iaitu 27 tahun..seperti yg dilaporkan dalam daily mail. amy dijumpai tidak benyawa di kediamannya di Camden, London, Inggris.

RIP amy winehouse~nape dia meninggal pd usia yg muda? x nak la bgtau sini sebab x sahih lagi.. kang kena saman, mampos den..

tapi, base on dis pict pun.. dah mcm tau kan nape dia meninggal.. apa pun.. kita yg hidup d muka bumi ni.. jag ala kesihatan. jangan la nak seronok n suka sangat sampai bahayakan diri,,

banyak2 manusia, tuan tanah benci org yg x pandai nak jaga kesihatan, kaki merokok n kaki minum.

so, buat apa kita nak susahkan diri dan jd mayat idop? lets jaga kesihatan diri. pesanan khad sibawa oleh mohd farid hanafi

klimaks dua kali










serius! tuan tanah klimaks dua kali, erk**


haha.. tuan tanah dah 2 kali naik brooga.. kira kemuncak dua kali la kan?
klimkas = puncak = puncak broga.. boleh?
biasa la..tajuk kena mcm berbaur2 seks sket br org nak dtg klik dan baca..korang neh kalau x tawarkan sesuatu, mana korang nak rajin kan?

mcm dengan nuffnang tuan tanah, walau dah 2 bulan ada kat situ..1 sen pun x penah masuk.
maybe tuan tanah kena letak gambr bogel samar2, pastu suruh korang klik nuffnang kalau nak gambr penuh. bley mcm tuh?? hahaha

ok, merapu sudah! baik, tuan tanah utk kedua kalinya g berokga dengan bf dan gf. sebab bosan cuti x tau nak buat apa. so, tuan tanah pun hang out la dengan mereka2 ini...

shiapakah?? lets kita interodusss
cikgi huda aka payedd gf , huda gf, cikgu payedd, payedd bf aka mohd farid

ini huda gf.
men larik2 la plak kalau nak ambik gmbr. moh kita kejar! haaa!!


n yg tiada dalam gambr, adalah cikgu matun.. huda's n farid's gf

well.. kali ni plan kitorg x berapa nak mnjd mana. sebab haritu g awal2 buta n boleh sembahyang subuh lagi kat atas.
semalam pun plan nak gerak awal.. malangnya, silap jalan plus sume yg ada kat situ konsep2 blur2 highway. haha..

so, sampai la kitorg kat sana jam 7.50 pg.. kira ok la kan.. yg penting, tetap ramai gila yg nak panjat broga.. termasuklah adik2 kecil dan yg paling mengejutkan. ada sorang mama ni bawak anak dia dalam gendong kain yg umur dalam setahun mcm tu.. gila ka pa???

yaaayy! da nak sampai!

see? size plus pun boleh sampai ok. walaupun lepas tu tuan tanah kena ketok n blasah dengan dia sebab letih katanya.
dia x nak naik memula n ajak tuan tanah g curve.. tuan tanah layan ke curve kan masalahnya?

so, tuan tanah pun provok la putri2 lilin neh supaya buat aktiviti sehat dan ada faedah.. puas dok pujuk2.. putri2 lilin ini pun stuju la..

paling best waktu kitorg gelongsor kat tempat curam tu. si kibas ni pun nak slide jugak. laju dowh dia punya luncur.. sebab beban dia kat bawah kan. caboot**

mujur la tuan tanah sempat capai tangan dia. kalau x, merasa dapat blackberry percuma. eh!

agak2 mcm uji rashid x?? eh!

pose muka sangap utk menaril perhatian gadis supaya mnjd lebih semangat utk ke puncak~ tapi, nape si farid yg sampai dulu plak? kompius~



last2 sekali, sampai la kitorg kat puncak ittuu... so bila dah peloh2 melekit sume. nak la cuci kan?
maka, kitorg pun pegi la ke sg tekala utk mandi manda since badan dah mcm apa jek bau kan..

nak masuk kereta pun terasa syg sebab berdebu kot! tapi nak x nak, terpaksa lah..

dalam 20 minit drive, sampai la ke sg tekala.. kena bayo singgit! n..........................................

putri2 lilin pose2 ayu dalam sungai.. tuan tanah x bley kalah, maka............................


































hah korang, cepat bgtau! sapa lagi ayu!!



Saturday, July 23, 2011

saya bangga!!


saya bangga.. walaupun br mengajar dan bukanlah guru ttap d sini.
tapi saya bangga sebab saya mampu utk laksanakan tugas dan tanggungjawab saya dengan baik.

jangan kita merungut kalau dapat kelas yg tercorot, kerana belakang parang, kalau diasah tetap tajam..

jangan dikata pelajar bodoh, sebaliknya berikan kata galakan kepada mereka.

pelajar yg nakal, pelajar yg lembab, kalau kita marah, tiada guna. sebaliknya puji mereka, beri tepukan sekiranya mereka mampu menjawab walaupun salah, tepuk di belakang badan, dan hampiri mereka tatkala mahu menanya soalan..

kali pertama saya masuk kelas meteorit dan uranus, tepuk dahi.. pencapaian yg agak lemah dan pelajar yg tidak berminat utk belajar.
pd peringkat permulaan, saya gunakan kekerasan, hanya utk membuatkan mereka hormat..

saya berjaya, mereka hormat, mereka takut.. tetapi, tiada ikatan. apa yg saya ajar, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. teknik pembelajaran 1 hala tidak berjaya..

minggu kelima, saya mula sedari, sesuatu yg tidak selesa.. pelajar membenci saya,

masih segar dalam ingatan, waktu saya 2 masa.. maksudnya 1 jam.. pelajar langsung tidak berbuat bising dan hanya melihat dengan pandangan yg bosan, saya tahu itu..
kemudian, guru utk subjek seterusnya datang dan maklumkan dia ada meeting n mintak saya ganti.

maksudnya, saya mengajar kelas yg sama 2 jam, subjek sejarah. br 15 minit mengajar, seorg pelajar tepuk meja dan cakap dengan kwn dia dalam nada perlahan..

" bila cikgu nak keluar ni"

pelajar lain plak mula buat hal masing2..

buat pertama kalinya.. saya terkilan..

kemudian, saya cuba utk dekatkan diri dengan pelajar, mujur saya punya 1 idea yg bagus.. dan akhirnya, pelajar dapat menerima saya dengan baik. kalau dulu mereka benci dan x sabar2 untuk habiskan subjek, skrg mereka ternanti2 dan gembira apabila saya masuk menggantikan guru yg lain..

caranya bagaimana?
utk pelajar yg lemah, usah kita bebel panjang dengan mengajar, berikan mereka latihan. tapi, lakukan d dalam kelas!

misalnya utk subjek bahasa melayu khusus tatabahasa.. tiada guna kita terangkan apa maksud ayat pasif atau kata nama, frasa nama dan sebagainya lagi. mereka tidak akan paham.

sebaliknya, ajar mereka selama 15 min dan berikan contoh yg sesuai. dan kemudian, berikan latihan.. sekiranya jawapan yg diberikan salah, jangan disorak atau didenda. sebaliknya tepuk perlahan d belakang mereka dan berikan pujian sebab berani mencuba.

jika masih tidak boleh jwb, berikan mereka klu.. saya paham dengan keadaan dan situasi pelajar lemah..
dan saya bersyukur saya memilih sekolah yg agak hebat dari tahap kenalakalan pelajar dan masalah disipilinnya..

dan kalau pelajar bosan, gunakan kemahiran IT yg ada. jika subjek sejarah itu bosan, tukar pandangan mereka dengan tayangan video berkaitan bijih timah, getah, kereta api, keluarga brooke dan sebagainya lagi. belajar dengan mggunakan buku mmg bosan, gunakan warna dan kemudahan teknologi yg ada.

selain membuatkan ia kelihatan lebih menarik, pemahaman pelajar juga akan meingkat.
buktinya?? 15 org pelajar saya mendapat A.. selebihnya? saya berbangga dengan keputusan mereka.

:)

Thursday, July 21, 2011

apabila bosan di bilik guru



bukanlah nak kata pemalas atau makan gaji buta ..since cuma praktikal jek, x salah kan kalau mengulat sekali sekala? hahaha.. bukan dapat gaji pun. boleh pegangan idop mcm tu?

xdela, ni sesaja jek .. tuan tanah guru dedikasi ye.. xde masa nak ulat2. setiap masa ada jek aktiviti dan faedah yg dibuat..
ini bukti saya bakal guru dedikasi 2013

antara yg tuan tanah buat di sekolah ialah


1. of kos la mengajar kan..
2. semak keje umah setudent
3. buat RPH
4. usyar cikgu2 pompuan yg bukak kedai tesco dan giant kat bilik guru. erk**
4. kacau student2 yg putih melepak..

ok, dua kali 4 maksudnya tingtong mabuk gam kasut.. high**

sebabnya, kasut tuan tanah yg tapaknya sedih nak tecabut tu, dah tukar dengan tapak baru dah.. haha.. tp, dah nama pun brg lama, dah mula mcm nak terkoyak2 plak. haisshh..
sebelum make over

selepas make over.. tetap buruk la kan? hahaha..

eh2.. taraa!! hahaha

Sunday, July 17, 2011

facebook x boleh bukak.. kenapa dehh

ujung2, updet status pasal facebook jek? hahaha..

ye la. dah x boleh bukak plak arini. ntah kenapa.. alang2 ada peluang lenjan laptop. dia x nak terbukak plak.
xdek kang, br la padan..

ekceli, tuan tanah agak bz sket dengan tugasan baru.. maklomlah, chegu.. heee.. mana dengan RPH, mana dengan soalan exam, mana dengan nak ngajo bebudak, mana dengan personal punya hal lagi..
plus, laptop tuan tanah pun kejap mampos kejap celik.. uyaiii**

tuan tanah sehat walafiat.. cuma semangat nak berbloggin dah x dok since mcm xde apa kot nak share..

x kan nak amek gambr ubat gg , pencuci muka.pastu cakap kat pembaca yg ini rasia kecantikan? rebah ok rebah**

tapi banyak gak nak share crita2 sbnrnya.. tp malas lah. dah xde sokongan haa..

kalau belog lain, meroyan2 org mintak updet.. blog tuan tanah, yg adooo lah sume ha. pembaca pun sehari dua tiga org.. turn off*

hahaha.. eh, nak makan dulu eh? jemput2..

Monday, July 11, 2011

musykil.. camne follower tuan tanah boleh ilang sume?

misteri dan ajaib sungguh nah..

dok x dok, tetiba follower sume ilang.. ke manakah??

ke terdelete ?? erk**

sapa 2boleh tolong?

Wednesday, July 6, 2011

apabila artis mempermainkan adat istiadat

adat istiadat ni bukan perkara mainan..
ia merupakan warisan nenek moyang yang perlu kita pelihara..

skrg ni, banyak sangat pihak yg mempermain2kan adat. sampai sanggup memperbodohkan diri sendiri, utk apa? popular?

mmg la popular, tapi x lama, sebab pastu.. org jd benci..

korang x tahu ke? mat saleh pun tahu nak hormat adat dan juga istiadat org melayu.. james brooke sebelum dia ambik alih sarawak pun, dia libatkan pembesar tempatan dalam sistem pentadbiran. sebab apa?? sebab pembesar2 ni lebih arif dan boleh membantu dia dalam memudahkan mentadbir sarawak. mcm tu jugak dengan Syarikat Borneo Utara British yang sanggup mohon Piagam Diraja British utk dapatkan kebenaran mentadbir Sabah. dan kerajaan British bg 5 syarat yg perlu dipatuhi dan salah satu daripadanya ialah, SBUB hendaklah menjaga adat, peraturan dan juga agama masyarakat pribumi Sabah..

tu mukadimah jah.. yg mana tuan tanah nak bgtau, betapa pentingnya adat dan istiadat ini diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. x guna kita dok canang n berkempen sana sini kalau menda yg penting ni kita campakkan ianya ke tepi..

minggu lepas, dalam rancangan bang bang boom.. ada 1 slot yg mana kita nampak si zuan melodi ini telah menghantar rombongan meminang rafida ibrahim kat umah dia..dengan ada wakil, hantaran peminangan dan sebagainya lagi. lengkap dan segak..

utk lebih detail, korang taip je kat youtube. ada video kat situ.. malas tuan tanah nak link2** erk

rupanya, rancangan peminangan itu adalah direka2 sahaja, dengan alasan, si fida ni penah cabar zuan utk datang meminang kalau berani sangat. so, dia pun meminang la, dan lepas si Fida setuju, dia pun kensel at d same time n cakap, tu hanyalah mainan semata2..

at 1st.. i feel very sorry n pity for this gurl.. really! sebab pd video yang pertama, si fida seolah2 sudah setuju dan menerima utk dipinang oleh Zuan. n bila Zuan cakap ianya adalah permainan semata2.. ada la adengan lagu2 sedih n dia pun nampak mcm sedih..

tuan tanah x nak la terus updet kat blog mggu lepas sebab nak tgk sambungan dan apa kesudahan, maybe gimik drama ke apa ke.

n mggu ni, which is jam 10.30 malam td, terbongkar2 la segala2nya.. di mana kedua2 maklok ini saling mengenakan antara satu sama lain. x paham??? sedangkan td bukan main si Fida ni menangis bagai nak rak, sebab katanya hati telah dilukai. n now??? whats happend to u gurl??

ni la antara contoh 2 manusia yg x paham adat istiadat.. mempermainkan mende ni seolah2 merupakan perkara biasa.. korang pernah dengar pepatah biar mati anak, jangan mati adat.
amalan risik merisik, meminang merupakan adat org melayu sebelum terus kepada upacara pernikahan.

yg mcm diorg buat ni, memalukan diri sndr. mcm dah x de modal nak lariskan rancangan..

trust me, korang akan dibenci kot lepasni. n ntah2., rancangan yg konon gempak tu pun bungkus sekali.

Saturday, July 2, 2011

wordless sunday~



wordless sunday lah sangat kan? evolusi katanya, sebelum ni wordless wed.. so, tuan tanah buat baru punya.. worless sunday yg x wordless langsung. haha..

ekceli, bohsan gila ok.. cuti bosan, x cuti pun bosan.. gini la manusia.. x penah nak puas apa yg dia ada. ye dok??

so, sejak 2 bulan kat klang. sekali pun tuan tanah x penah keluar atau jijak kaki ke KL lagi.. cool x?
hahaha.. sangat ok!

sampaikan kwn2 carot n letak cop dahi tuan tanah sbg warga klang tegar!
kaedahnya, sebab diorg ajak jalan2 or hang out, tuan tanah x leh nak ikut serta sebab x leh nak g..

ye la.. bukan kita x nak pegi. tp mmg x boleh.
kwn2 pun kdg2 kena paham dengan situasi..

area bandar puteri neh, susah sket kalau nak naik pblic transport. maklomlah, umah tepi highway..

kadang2 diorg ajak tu mcm umah kita neh sebelah lrt..

kalau sebelah lrt, ari2 tuan tanah jelajah KL ye..
so, kwn2 yg tuan tanah sayangi.. maaf bebanyak la ye..

befday ted semalam pun tuan tanah x g. bukan sbb x nak, tapi, mcm dikata lah..

hoho..
so, selamat ber hari ahad ye sume..
winx winx!!