Friday, January 20, 2012

IZWAN PILUS MENINGGAL DUNIA.. AL FATIHAH

Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33 atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Arif AF, adik arwah sendiri.

Izwan Pilus, pernah popular dengan lagu berjudul ‘Kembali Senyum’, sebuah lagu asal daripada drama Korea “Full House” yang diadun semula dalam versi Melayu. Al-Fatihah.


` SETIAP YG HIDUP PASTI AKAN MATI '



2 comments: