Monday, March 28, 2011

rossa curik lagu shah n ella??

sapa ngok mentor mggu lepas? artis undangan dia rossa kan..

n rossa ada perform 1 lagu yg sangat familiar.. pas dengar btol2..mmg sah, lirik dia sama dengan lagu ku merindu nyanyian ella n shah yg penah meletop 3 tahun lepas. its a fact!

then.. mengejutkan bila tetiba itu rupanya single baru rossa yang bertajuk ku menunggu..

http://www.youtube.com/watch?v=yXV3N8Nt0y8

cuba klik n dengar.. lirik dia sangat comel, tetapi senikata dia snagat beza dengan lagu ella n shah..

tuan tanah x kisah la lagu ni ella ke, rossa ke.. music is universal kan??
mana la tau, maybe diorg satu label ka.. n company nak idopkan balik lagu tu..

mcm mariah carey pun banyak nyanyi balik lagu2 lama sampaikan org ingat tu lagu dia.. n terbaru, misha omar juga menyanyikan semula lagu kerana yang pernah dipopularkan oleh alleycats..

aishah juga pernah menyanyikan semula lagu dari indonesia yang bertajuk fatwa pujangga.. sharifah aini juga pernah. jd, apa masalahnya??

masalahnya ialah, berlakunya pertekakan lidah d utube oleh org malaysia dan juga indonesia yg saling menegakkan kebenaran..
saling memaki hamun, saling melontarkan kata2 kesat.. what the????

wake up pls!!
utk apa kamu semua bergaduh, manfaatnya apa???
bukan nak sebelahkan mana2 pihak.. kalau nak dikira, ini mmg lagu ella n shah, tp, dibuat semula oleh rossa.. n tuan tanah puji.. rossa buat lagu ni mcm lagu dia..

sangat catchy n menangkap telinga. begitu juga dengan versi ella n shah..

so, bg penduduk indonesia dan malaysia.. usah la saling mencaci antara satu sama lain. tiada manfaatnya.. kita ini dari rumpun yg sama.. bahasa kita juga sama, kenapa perlu nak beza2kan sume neh??

indonesia dan malaysia sepatutnya bersatu kerana kita ini negara yang majoritinya islam. negara yang cintakan kepada keamanan, kenapa perlu bergaduh hanya kerana lagu? hanya kerana muzik?

x paham la.. jangan kerana isu yg kecil dan sedikit..ada pihak yg berkecil hati..
ingat ya indonesia dan malaysia..kita ini dari rumpun yang sama!

BILA SI COMEL JELESS


mcm biasa la. selepas lama tidak memulakan rutin sbg pehogging handalan d kawasan taman umah neh, tuan tanah pun idopkan la balik rutin yg telah terjubur, eh..terkubur sejak 1 mggu lalu..ye la. kata bz kan? hahaha..so, kat perumahan neh, malas2 ye penduduk dia..patot lah semua sehat. x ramai yg turun jogg atau riadah, walhal..depan umah sah2 la padang bola..

ok, abaikan mereka..sapa nak sehat, pandai2 la jaga kesihatan kan? kita ni nak guna batang tubuh bukan setahun dua.. nak guna lama.. seumur idop..

tuan tanah yg x merokok neh pun semput kadang2.. ni kan piula kalau jenis malas senaman. x tau la berapa umur biologi mereka barangkali.

wahh!! membebel neh! mak mak sangat. haha..
okeh, tuan tanah bukan larat sangat nak jogging.. tp sebab badan rasa berat semacam, kena la gagah jugak noh???

so, nak ilangkan beban penat, matilah berat betis**
tuan tanah bawak la ipod kwn buat peneman, buat ipod sangat pun.. china punya jah.. opps*
tp, ada la muzik kan.. pastu wajib la ada earphone.. ye dok??

kalau x, nak jog camne? kang org ingat kao pemuzik jalanan piula.. erk!!

so, earphone ni agak laha dan feeling sket bentuk dia..warna ijau menyala ye?
so, time sangkut kat telinga, jogging la kan?

gini la bentuk dia lebey kurang.. tp, kecil je la n ada untai2 sket..


tengah dok jogging, tuan tanah lalu ka kat sekumpulan kanak2 comel. tuan tanah dah tau diorg ada kat situ..sebab kalau selalu jogg, diorg mmg dok main2 kat situ..

kadang2, siap dihencapnya tuan tanah dengan mengejek cara tuan tanah jog.. bley kanak2 ittew??
dorg pun ngan gedik2 ala2 ikut jog sekali.. tp, mampu ke diorg kejar kan.. gituh!!!

n harini lain sket, tuan tanah nampak diorg pandang tuan tanah semacam jek.. tengok kat telinga tuan tanah dengan pandangan yg sungguh.. aumm!!!

motif tengok aku mcm neh????


can u imagine?? muka bebudak naif, lihat mende alah kat telinga. dengan pandangan yg sangat ingin tahu,
agaknya diorg ingat mende alah tu mcm alat2 ben 10 ke, naruto ke hape ke x tau la.. tp tuan tanah jd nak ketawa plak ngok gelagat bebudak tu memasing..
pastu bila tuan tanah tgk muka masing2, terus diorg buat senyum kelat n keras.. pastu tgk telingat tuan tanah balik..


aiyo budak2 neh! psiko lah kao! hahahha..

tuan tanah lari 5 pusingan.. yg lucunya, setiap pusingan diorg akan tunggu n tgk mnde alah neh kat telinga tuan tanah..

kau mampu ke bebudak tggu kao jogging depan kediaman mereka???

kagom agaknya.. erk!!

jd, ringkasannya.. bebudak suka mende2 yg futuristik kerna bg mereka.. maybe tuan tanah boleh jd batman dengan sekelip mata bila menekan punat pd earphone d telinga.. pitam**
esok nak pakai yg mcm neh la.. merasa diorg menangis balik suruh mak pak depa beli satu mcm neh***

Sunday, March 27, 2011

sakit gigi, so.. apa penyelesaian?

gg tuan tanah sakit lagi..
sangat sakit kali neh... seksa sungguh lah!
dah mcm2 cara dah buat, x jugak lega2..
x kan nak cabut lagi.. rompong la kalau asek dok cabut ja..

cukup la ilang 2 geraham..
tp, tuan tanah pun syukur jugak la pd masa yg sama.. buatnya gg depan yg sakit n kena cabut, tidak ka mnjadi satu perkara yang haru? erk!

okeh.
ada org cakap, telan panadol kalau sakit gg
ada org cakap telan bunga cengkih. ada yg cakap kumur ayaq gaqam n ada yg cakap.. makan ubat tahan sakit.

tp, tuan tanah dah terai semua tu n tetap x jugak ilang2..

mungkin ada 1 jalan penyelesaian..

kawen dengan doktor gg!!

so, ada x doct gg yg merupakan pembaca belog tuan tanah dan merasa tertarik utk mengenali diri ini?
pitam**

Saturday, March 26, 2011

finally!! tuan tanah hade twitter

erk! walau x tau apa fungsi n x nampak keperaktilan dari segi penggunaan...
tetaplah jua nak ada twitter kan?
harus la.. tuan tanah x nak digelar masyarakat zaman paleolitik..

kan urban sket kalau ada twitter.. bley?

so, maybe da buhsan dengan fb.. ye la..dok hapdet setatus, nan adoo manusia yg komen.. terasa malu okeh!
kawan ada 3 rat, tapi, xde sorg yg reply.. nanges**

baik post kat twitter kan?
org x reply pun x hade la rasa malu sangat. ye dok??
okeh..

tuan tanah dok cari2 mmber2 yg pakai twitter.. x adoo lah.. dalam ym, cuma ada burn jah.. aka mr bakry.. blogger montel yg buat header tuan tanah neh la.. larek!!!

so, tuan tanah follow dia..

korang kalau nak follow tuan tanah, cari jah payedd87

huhu..sekian sahaja..

assalamualaikum

Friday, March 25, 2011

syaiton!!

kan.. tajuk marah sangat neh..
bukan apa..

dok main bertangguh kereja.. jd la lagu ni.
time org dah submit thesis, ang dok bab 3 lagik..
org lain buat kereja..ang dok layan fb la..belog la.. mespes la.. n semalam, dalam dok kalut2,
ang sempat lagi sign up utk twitter?? apakah??

nak buat camno neh?
due date da terlepas lama dah..
tp, bila nak je bukak buku, n bukak mekrosof word.. mata neh mcm kena tarik2 suruh pejam,
kalau main fbook, 12 jam x kelip mata pun x pa. sumpah x ngantuk..
walaupun fb tu x dak sapa komen.. dok ralit ja stalk fb org lain..
sampai x sedaq dah 10 jam melangut n taat depan tu..

astaga..
adakah ini syaiton???
ini semua dunia!! dunia !!!!

tuan tanah harus gigih siapkan sume jugak sebab mggu depan, akan bermula acara bz..

p/s: saya rasa mcm nak balik kedah la.. nak p peluk mak, nak cium abah n nak cubit2 aiman. sapa nak hekot.. jum!


membawa hati yang gundah dan lara







manusia tersenyum, ramai..
manusia ketawa, juga ramai..
bangga mereka pamerkan senyum.. riang mereka lafazkan tawa..

tp, manusia yang sedih itu, lebih ramai..
manusia yang kecewa itu, lebih ramai..
cuma tiada mereka tunjukkan..

kerana lumrah.
siapa juga yang mahu kesedihan dirinya dipertontonkan umum?
siapa juga yang mahu ksusahan yang dihadapinya diperlihatkan dengan pandangan yang zahir?

tiada sesiapa.

mungkin lama fizikal ini terperap d bilik..
mungkin lama otak aku tidak menyedut udara yang bersih..

dalam malas, ak gagahkan diri ke tasik proton.
Tg.Malim tidak punya banyak tempat menarik utk dilawati..
tiada!
apa yg boleh dibanggakan cuma pau yik mun dan air terjun..
selebihnya? tiada..

cuma entah kenapa..
kalau ak punya masalah..
sekiranya ak punya beban d kepala..
sekiranya jiwa ini merasa tidak renang..
sekiranya diri ini merasa kelam dalam terang..

ak akan ke sana..
tasik proton..
tiada apa yg menarik d situ selain dari puluhan manusia yg beriadah..
tapi, pandangannya mempersona..


rezeki aku..
tidak ramai manusia berada d sana petang semalam..
jd, ak boleh bersendiri..
boleh utk ak menangis sekiranya ak mahu..
boleh untuk meratap sekiranya ak tidak malu..

tp, ak tidak!
hanya berdiri d atas seketul batu..dan perhatikan kawanan itik yg berenang..
aneh, itik juga punyai koloni nya sendiri,
diasingkan antara warna hitam dan juga putih..

sama sepertinya manusia.
yang punya koloni dan kelompoknya sendiri..
cuma ak ini manusianya beza..
ak tidak punya koloni..
ak ini, perginya kemana jua sendiri..

tidak punya teman yg ramai.
tidak punya kwn yg akrab.. kecuali di kota besar itu.

di tanjung malim..
kemana juga ak pergi.. tidak pernah berdua.
segalanya sendiri..

jadi, bila ak punya masalah..
tiada telinga yg boleh ak perdengarkan apa yg ak hadapi..
jika ak sedih,
tiada bahu yg boleh ak pinjamkan utk ak tangisi
jika ak gembira..
tiada ketawa yg boleh ak dengarkan utk berkongsi suka
jika ak melara..
tiada tangan utk hangtkan sejuk yg ak rasa.

tuhan..
jangan lagi diuji diri ini..
ak insan lemah.. imanku cuma senipis kulit bawang..
ak insan hina.. yg bisa jatuh kepada sebarang godaan.. walaupun sekecil hama..
ak insan yg tidak punya.. jangan lagi diduga, walau dengan cubaan yg sekecil perkara..

tuhan,
bukan ak mengeluh..
bukan ak merintih..
cuma ak mahukan..
sedikit rasa aman..


hari sudah mula tampakkan kelam..
petanda malam akan melabuhkan tirai..
dan siang akan dihambat oleh cahaya suram..

Wednesday, March 23, 2011

maruah diri atau kekwat?

3 mggu lepas, tuan tanah ke kl naik ktm.. mcm biasa la, masa dlm ktm, ramai jugak org.. mcm2 kaum ada..
tuan tanah duduk sebelah tingkap..dekat kuala kubu bharu, ada seorg nenek n cucu naik dengan bwk brg yang banyak..
ada bakul, ada gulungan kain, ada beg besar.. nenek tu bawak dengan kudrat tuanya.. sebabkan tempat duduk tuan tanah dekat dengan pintu masuk, dia terus melabuhkan punggungnya di situ dengan cucu yang dia bawak td..

tuan tanah tertanya2.. ke mana diorg nak pergi?
dari raut wajah..bukan org senang.. dari pakaian yang dipakai..nampak mcm miskin..

keretapi bergerak dan nenek tua yg tadinya kelihatan sibuk menyusun brg tersandar kepenatan selepas selesai urusan..
cucunya yang dlm lingkungan usia 6 tahun itu pun bingkas bangun dan mencari2 sesuatu di dalam beg kepunyaannya..

"kereta maianan"
dia asyik dengan kereta miliknya.. seolah2 dia yg memandu. tuan tanah hanya menjeling dan senyum, tp, dia tidak memalas.. kerana dia tidak nampak..
sebaliknya, hanya nenek nya merenung mata tuan tanah dengan ekor mata.. tajam..

keretapi terus bergerak, melepasi serendah..
kanak2 td masih asyik dengan kereta mainannya..

jam sudah jam 4 ptg. nenek yg sedari td tersandar keletihan, mengeluarkan sesuatu dari gulungan kain, lantas disuapkan ke dalam mulut cucu..

sedang cucu mengunyah, nenek td hanya mampu melihat.
cuma 2 ketul cucur jagung.. cebisan terakhir, dimasukkan sedikit ke dalam mulut tuanya..

mungkin kanak2 td mahukan lagi, tp..sudah habis, atau mungkin disimpan utk bekal pd hentian yg seterusnya..
tuan tanah tidak tahu,
apa yg tuan tanah nampak.. kanak2 td kemudiannya minum dari bekas air dengan gelojoh.. mungkin dahaga..

tuan tanah juga kemudian terasa lapar,
lalu mengambil sesuatu dari beg milik tuan tanah..
cadbury picnic dan sebotol air mineral..

baru hendak mengigit.. tuan tanah melihat pandangan kanak2 td, tepat pd coklat milik tuan tanah..
pandangannya seolah2 meminta..
pandangannya seolah2 merayu..

tuan tanah jd serba salah..
lalu tuan tanah ambil coklat yang baru, dan hulurkan kepada kanak2 itu dengan senyuman..

kanak2 td mulai panjang tangan dalam senyum, tp, belum sempat tangan kecil itu menyentuh coklat, nenek tua itu terlebih dahulu menarik kembali tangan cucu kesayangannya itu sambil bercakap sesuatu dalam bahasa yg tidak tuan tanah fahami..

cucunya melihat tuan tanah.. dari pandangannya.. hampa..

tuan tanah jd kenyang.. terus disimpan kembali kedua2 coklat ke dalam beg. 1 masih belum berbuka..dan 1 lagi masih belum digigit.

keretapi terus bergerak laju.. dan si nenek terus berubah muka.. tidak lagi memandang tuan tanah, sebaliknya melihat terus ke hadapan..

jd.. kenapa?
adakah maruah? coklat utk kanak2? apa masalahnya.
dalam beg tuan tanah..sentiasa ada coklat yg cukup utk dikongsi..
sebelum ke mana2. tuan tanah akan beli coklat atau gula2..
dan bukan kali pertama tuan tanah lakukan perkara ini..
sudah berkali2..
x pernah menerima situasi seperti ini.
malah, tuan pernah pernah berikan coklat pd kanak2 dari kalangan keluarga yang mampu..
dari beg yg dibawa oleh si ibu, dan dari sepatu yg dipakai oleh bapa.. itu keluarganya kaya.

tp, mereka masih menerima dan tersenyum. malah, tuan tanah juga mendapat 1 ciuman dari kanak2 comel itu.

tp, mungkin bg nenek dan cucu itu. itu merupakan maruah.
mereka tidak mahu menerima simpati dr org lain..
mungkin nenek itu punya cerita.. punya sejarah..
yg buatkan dia serik utk menerima bantuan..

entah.. tuan tanah tidak tahu..

dan 3 hari lepas.. tuan tanah menaikik KTM sekali lagi.. dari Kl ke tg.malim..
sedang tengah perjalanan.. perut terasa lapar..

tuan tanah mmbuka beg.. cuma ada 1 kfc pocket toaster..
tuan tanah ambil dan kemudiannya, terjeling ke kerusi sebelah..

seorang kanak2 yg berpakaian lusuh dan keliahatan lapar, bersama dengan sorg nenek yg sangat tuan tanah kenali rupanya..

tuan tanah jd kenyang.. tidak jd utk makan..
kfc pocket toaster itu dimasukkan kembali ke dalam beg.. tertib menutup zip.. dan memejamkan mata.

keretapi terus bergerak laju.. membelah bumi tg.malim..

p/s: kfc tu kemudiannya basi dalam beg. x sempat makan sebab terlupa. hahahha

Monday, March 21, 2011

akibat banyak main sabun

pagi td la.. tuan tanah mamai2.. dalam jam 9 pagi. kau mampu mamai pd jam 9 pagi? kan, western sangat idop..

terus la gegas ke tandas sebab nak kencing ha.. ye la, pundi kencing tuan tanah neh kecil.. mmg bukan spsis berjalan jauh.. kejap2 nak kencing.. kejap2 nak kencing..

so, pas kencing tu, mandang la muka kat ceremin.. wallah! mcm muka org minyak! then, terus lah capai sabun kesayangan..

ambil secara hati2 gila neh.. da la baru beli. pas tu, letak air n terus la usap2 sabun tu kat muka..
usap punya usap.. tergelincir la sabun tu jatuh..

pulak tu, jatuh kat tempat paling laha plak.. mangkuk tandas!

x sempat nak ambek, dia dah tenggelam.. meraong**
sumpah sayu je muka tepi mangkuk tandas tu..

agak lama la jugak..

" abis 50 ringgit ak mcm tu jek..."

da la pokai, sabun plak tenggelam.. matilah tuan tanah x shantek da la pasneh!!!

Thursday, March 17, 2011

sapa nak tgk betis ted???

kata betis ted? mana dia?? sabaq la sat.. biar la ada pendahuluan dulu..

ni la nama dia peroses nak buat popap kad.. tuan tanah aritu kena dera oleh ted kena dok tebuk2 huruf n tempek2 segala.. susah jugak rupanya nak buat.. patut la mahal.. erk!!


ni ha alatan2 nak buat popap kad neh.. mcm2 bentuk dok ada.. sapa yg minat nak tempah, boleh la p kat belog dia.. sila klik entry2 lama tuan tanah.. hahaha..


hah, tu betis dia.. nampak dak? hari2 panjat bukit setiawangsa.. kekar sangat.. lareekk!!!!!!


sekian, terima kaseh!! hahahaa

tuan tanah kembali botak!

da beberapa hari la jugak nohh x hapdet.. bukan apa. hambatan tugas sebagai pelajar, sahabat dan juga guru membuatkan tuan tanah x menang tangan.. tambahan, sejak aktif dengan facebook, myspace, tagged, frnster, ym, skype, msn dan lain2 membuatkan tuan tanah sering tidak punya masa kerna sebuk dengan chatting kaedahnya.. erk!!

well.. 2 ari lepas.. tuan tanah agak mengidam, x tahu kenapa deh.. nak cakap pembawakan budak.. sah2 tuan tanah lelaki kan.. nak cakap makanan kegemaran..xde la suka mana..

mengidam apa jah?? mengidam mangga.. heheh..
tp bukan la mangga yang ijau masam tu.. neh mangga yg isi dia kala kuning, tapi keras.. nak tgk? mai nak tunjuk neh..

ni la dia.. sedap x sangga nah.. dah la makan pukul 3 pagi.. haha..

tu abis bab mengidam satu perkara, pastu dalam 4 ari lepas, rambut tuan tanah dah mulai memanjang.. maklomla.. akar dia sehat neh.. so, dok pikir la nak gunting kat mana kan..
dalam dok pikir2.. nampak la rambut sorang kwn, mmg cun la.. sesuai gila dengan dia.. tuan tanah pun behasrat nak cuba la.. x dak la mahal mana.. rm 15 ja siap cuci semua..

pas gunting..mmg kita nampak elok.. bangga la neh.. tuan tanah punya perasan nsem, x yah nak kata la.. riak !
ha la..dah dalam tu, dia wax kan rambut, buat smart2, lampu dia kala kuning, hat buruk pun nampak comey..
pastu bila balik kat umah.. hosmet tuan tanah tya..
"gunting kat mana neh? pelik semacam, pndek sangat kat tepi tu, atas panjang"

tuan tanah memula malas nak ambik pot.. ye la, kot dia jeles ngan rambut baru tuan tanah.. ye dok..
pastu naik kat bilik atas..
sorang g tya..

" bakpo rambut mu weh?"

sentap bijik***
aikk.. 2 org dah neh..

pastu, turun dapur, mawi plak bg ayat sedas..

" panje, kamu x sesuai bha rambut mcm neh.. biar panjang bha"

nanges**


buruk ka weh.. meraong**

tapi, pas diamati2.. mmg nampak pelik bila x letak wax..sebab tuan tanah rambut jenis kering n fluffy.. so, da jd ala2 tempurung..

makanya apa?????

kita botak!!! miahahaha.. tuan tanah x pikir panjang lagi dah, ditambah dengan seteres sebab tesis yang membuak2 n saimen yang mencengkam bijik, so, pd masa tu jugak tuan tanah panggil wan suruh botakkan rambut neh..

FREE OF CHARGE! sebab kat umah neh mmg ada sorang tukang gunting rambut x terlatih..
sebabkan buat botak jek..masa yg diambil tade la lama.. 10 min siap..

awak nak ngok x rambut baru kite wak???



comel x kita wak?? terbalik meja laptop***

Monday, March 14, 2011

dasar pencurik!

uwaa!! malang sungguh naseb.. tuan tanah kehilangan dua benda yg tersayang dan terpenting dalam idop..

x tau la kek mana letak .. tercicir atau kecurian.. mmg x ingat.
ekceli, tuan tanah bukan apa, masalah pelupa atau ringan tangan ini meletak barang2 d mana2 yg menyumbang kepada kecurian brg ini..

kekadang org tu x ingin pun nak curik brg kita, mandang pun idak! tapi, sebab ada peluang terbentang depan mata, x kan nak nengok aja.. ye dok?? so, manjang la tangan jadiknya..

mende2 kena curik kalau nak kira banyak kali dah, walhal tuan tanah x penah plak nak mencurik walau peluang ada d depan mata. tu hah, kat umah makbe, pemegang lilin dia jek harga 12k.. pinggan dia plak satu set riban2.. xdoo plak tuan tanah amek..

tu hah, si ted, hp bersepah2 dia letak, blackberry dua ketol, spek mata designer punya men campak2.. xde plak tuan tanah manjang tangan..

hahaha.. giler ko nak amek brg2 milik mak yam.. kena tulah nnti. erk!!

tapi, nape malang jek naseb tuan tanah.. apa salah? apa dosa? apa yg dah tuan tanah buat??

nanges***

apa mende yg ilang weh?? idok le mahal mana.. tp, sayang la jugak..

henfon ngan baju neh ha!
henfon tu dah la ex tuan tanah punya.. mmg la jenama samsung bodo jek.. kamera xde, mms xdek, gprs hatta radio apa pun xdek.. tp, agak terkilan lah.. x tau la ilang ke, salah letak ke.. tp, mmg x jumpa dah..

pastu baju CK itam tuan tanah tu.. kat mana la ko pegi baju wehh.. balik la!! rindu neh!

dalam dilema

assalamualaikum warahmatuulahiwabarakatuh..

lama tuan tanah x hapdet sebabkan bz dengan tugasan sbg pelajar dan juga penghibur kepada rakan2.. erk!

haha.. tuan tanah mmgu ni agak bz dan bolehla dikatakan sbg sgt bz jugak..sebab mggu neh tuan tanah kena submit thesis yang x lagi siap2.. bila nak siap pun tatau lah..

sebab asek turun kl jek. ye la, dah kekawan ajak.. g je la. ye dok? kang sentap pulak memasing. dah la nak jumpa pun susah sebab diorg sume dah keje. so, waktu2 terluang la yg digunakan utk bersama kwn2 dengan sebaiknya..

tp, ada jugeekkk yg sentap sebab tuan tanah x sempat nak tgk kwn2 yg masuk spital.. ada 2 kwn2 tuan tanah yg masuk spital.. neo n eais.. neo xde plak cakap apa2, walhal tuan tanah dah janji nak tgk dia. sebabkan ada masalah trasnport n tuan tanah x sempat nak g nengok.. terpaksa la pospone.. kita jumpa mggu depan ye neo?? hehehe..

yg sentap tuh, cik eais.. adeh.. abang2 pun nak sentap meh. meh sini.. hugs!!hahaha

okeh, mende yg dlm dilema weh?? ye lah..sangat dilema la neh! tatau la camne nak cakap.. diluah, mati mak, ditelan, mati bapak, dikulum, mati dua2.. so how? ak nak buat apa?? nanges**

1st.. thesis x siap2 g ssebab susha la nak olah2 bahasa dalam tu.. gua x pandai!
2nd: praktikal..

ni yg masalah bebenornya!! esok tuan tanah dikehendaki mebgisi sekolah d daerah2 pilihan.. masalahnya.. d mana??

tuan tanah x kisah nak mengajar d mana2 pun.. sebab tuan tanah mmg da bersedia dari segi mental.. tp, fizikal?? aiyoohh.. serba serbi lumpuh!

bila nak posting.. kita kena ingat beberapa perkara utama..
duit!
yes,tuan tanah akan jd cikgu selama 3 bulan tanpa gaji terlebih dahulu sebelum menerima seketul duit dalam anggaran 7000 mcm tu la..

so, mcm mana nak survive kalau pilih sekolah yg jauh dari umah? n masalahnya, skeolah di kwsan umah tuan tanah, dia x bukak.. kenapa x bukak kat yan weh!!!

kedua!
pengangkotan!
tuan tanah manade kereta hatta motosikal hatta basikal pun..
camne nak bergerak kalau sekolah tu jauh dari umah.. kalau nak cr umah sewa, nak bayar ngan apa? bayar ngan air mata bley??
si ted neh plak suruh tuan tanah mintak kat kl sebab sebelah apartment tu ada sekolah menengah.. so, terlepas dari bayar sewa, masalahnya.. dia x bukak jugak kat situ.. uwaaa!!!!

ketiga! laptop!
laptop neh latop ted. kalau tuan tanah praktikal d luar kwsn KL, laptop neh kena kasi balik la kat dia.. kalau xde laptop, camne tuan tanah nak buat keje n surf2 bahan mengajar! uwaaaa!!!!

keempat!
tuan tanah neh buta jalan! so, matilah kalau kena campak kat tempat2 yg jauh dari sekolah..

sebab tu tuan tanah nak cr sekolah yg dekat ngan umah.. umah sapa ada sek men yg dekat2 ha? meh bgtau. hahahhaa..

sebab senang sket tuan tanah nak ke sekolah..

setakat neh.. yg dibukak area KL, kemaman, besut, sg.petani, kulim, senawang, sepang, batu pahat, raub n beberapa lagi daerah yg tuan tanah x hengat..

adeh.. esok dah kena isi dah borang.. camne neh..

nak pilih sekolah mana.. adeh!!

nak bahu!! nak bahu!!!!

Sunday, March 6, 2011

entry untuk abah

ntah nape la malam neh tetiba teringat kot..
ye lah.. abah kita kan.. sapa x sayang abah..walau mak yg melahirkan, walau mak yg meneran sakit.. benih tu benih abah..

mcm cerita lawak yg tuan tanah baca aritu.. mau pitam ending..

kisahnya.. sepasang laki bini neh berebut anak lepas cerai..
perbicaraan berlangsung.. masing2 x nak kalah nak tuntut anak..

isteri: saya yang beranak, saya yg lahirkan dia, saya yang bela!
suami: tuan hakim.. saya nak tya soalan
hakim: silakan
suami: tuan hakim mmbeli air minuman dari mesin air.. tuan hakim masukkan duit dalam tu..air tu, milik tuan hakim atau milik mesin..
hakim: milik saya sebab duit saya
suami: jadi? itu anak saya sebab benih saya..

mahkamah runtuh**

ok, abaikan.. skrg mari kita bercerita tentang ayah.. i call my dad as abah.. abah hanafi. hehe..
kata org, anak2 neh..rapat dengan mak.. kurang bercakap dengan abah. yes..tuan tanah mmg kurang rapat dengan abah.. x tau la apa salah dan di mana salahnya.. bukan dia x sayang.. sangat sayang kot.. tp, dia x pandai nak lahirkan perasaan kasih dan sayang.. itu abah saya..

atau mungkin saya mmbesar dengan tidak seperti yang dia harapkan.. saya x mcm abg saya.. yg pandai panjat pokok, yg pandai tangkap ayam, yang pandai bawak motosikal, yang pandai repair kereta.. saya cuma pandai makan, tdow.. heheh..mungkin la kot..tapi abah.. saya dah jd cucu sulung masuk unibesiti.. merangkap anak pertama masuk unibesiti.. abah bangga x abah?


atau mungkin juga saya mmbesar mnjd kanak2 yg lemah lembut.. bila abah keluar pegi meniaga, adik, saya pun ikut. tapi, bila kena angkat2 brg berat..semua jatuh habis. tapi, along buat x jatuh..dia kuat.. dia kenal sume jenis2 ikan yg abah jual. bila ada org nak beli, dia boleh terang satu2 ikan apa.. tapi..saya x tau, bila org tanya..saya tya abah balik..

"abah2.. ni ikan apa neh??"
hehhe..pastu bila ada makcik2 hazab dtg beli ikan.. dia akan tya ulang2.. walau dia dah tau. maybe habitat makcik2 sebegitu..

" anak ang ka ni aji? lain nahh muka.. gebu mcm mak dia"
saya hanya mampu menunduk malu.. abah juga mungkin malu. ye lah.. bapa mana yg suka bila anak dia jalan pun x lurus, melenggang sana sni.. jadi abah malu masa tu. tapi abah, skrg anak abah neh dah gagah.. dah jd jantan, dah jalan tegak, dah ada misai mcm abah.. dah ada muscle, abah bangga x? hehehe..bila tengok2 gambr lama.. muka saya langsung x mcm abah.. muka along mcm abah. tapi, muka saya mcm muka mak. sebab tu mak sayang saya... mak jaga mcm anak perempuan.. sebelum ke sekolah, dibedakkan.. disikat rambut.. ditiup cita2 di telinga..

" anak mak ni.. besaq ni jd cikgu naa.. mengaji bagi pandai"

skrg ni mak.. anak mak dah nak jd cikgu dah.. 3 bulan ja lagi.. mak bangga x mak?? hehehe

abah saya comel sbnrnya bila dia senyum..kacak, seperti hero hindustan.. tapi dia x banyak senyum.. mungkin karakternya serius..

x banyak yg saya ingat kenangan dengan abah sewaktu kecil.. tapi, bila mmbesar.. ada juga kenangan yang boleh buat saya tersenyum sorang2..

dalam adik beradik ..mmg saya tidak rapat langsung..kecuali aiman. tapi, saya sayang semua. cuma x pandai nak lafazkan.. bila waktu hari raya, saya x pernah cium tangan along.. minta ampun pd along..walaupun saya nak..mungkin sebab malu. padehal dulu.. kita rapat..entah, x ingat.. tapi, ada banyak gambr kita berdua. beprluk, ketawa, dalam kereta mainan, atas basikal.
tapi bila menginjak dewasa.. kita jd renggang..

bila along eksiden, kaki patah.. 3 bulan. makan along bersuap, minum along disuap, sampai kencing along pun saya yang buang.. tapi, bila dah semakin dewasa.. kita makin jauh..

dengan adik2 yg lain..saya mmg x rapat, sebab saya neh..arwah nenek yang bela.. arwah nenek yang jaga. jadi, tidak mmbesar bersama. jarang punya masa utk bergelak tawa.. kecuali aiman. sebab saya lihat dia lahir, saya jaga dia sampai dia boleh berjalan, saya ajar dia mmbaca..

bila hari raya.. aiman la yg saya salam..hehehe..

entah.. keluarga saya bukan kurang kasih sayang.. cuma malu atau tidak tahu cara untuk melafazkan. bila dah besar mcm neh.. lagi lah malu..

abah ingat x waktu saya mula2 kerja di aneka, jd budak stor.. setiap hari, sebelum pegi kerja. abah kasi duit rm 15..utk buat makan dan minyak motor. ye la..saya baru mula kerja, mana ada duit lagi. hari2 saya makan sedap2.. 15 rggt banyak tu kalau di kampuing..

kemudian, mggu ketiga kerja.. motor tu rosak.. kat guar.. saya call abah.. cakap motor rosak..segera abh datang.. abah pun naik motor jugak. tapi, motor tu motor buruk.. abah ikat motor yg saya naik dengan tali.. berkali2 motor buruk abah tu termati2.. sebab kena tarik beban yang kuat..

abah sedar x.. waktu tu.. saya dah tanam azam dalam hati, yang saya x kan lagi minum air oren dan makan 2 ketul ayam..sebab saya x nak abiskan semua 15 rggt yg abah bagi.. sebab, saya x nak jd beban pd abah..

gaji pertama yang saya dapat..x banyak.. cuma rm450.. rm200 untuk abah.. kata org, utk ambil berkat. tapi, anak2 ni mudah lupa bila ada duit sndr.

gaji kedua, 1 sen pun tidak saya hulurkan. sebaliknya, saya guna untk beli hp.. benar kata org, anak muda neh..jiwanya panas.. tapi seingat saya, sekali pun abah x pernah tengking.. kecuali sekali..

saya x ingat apa punca.. tapi, saya mendapat 1 tempeleng dari abah di depan org ramai..dan 3 bulan saya x cakap dengan abah. saya janji dalam hati, "bila keputusan exam keluar nnti, saya nk masuk universiti, nak duduk KL.. x mau balik kampung"..
tapi abah.. skrg neh baru saya tau, susahnya nak idop bila xde keluarga d sisi.. makan x terjaga, kerja belambak2..

kalau di rumah..asal bangun, makanan sudah d depan mata..
tp skrg neh, kalau xde duit..ikat perut jek..

abah ada msg..tya.. "ada duit x"

saya jwb... "ada abah.. cukup lagi"
walau sebenarnya.. anak abah neh dah tahap kering..tp, sebabkan adik zul dah masuk uitm, adik nurul dah masuk mrsm, aiman dah masuk sekolah.. biarlah abah guna utk diorg..
abah pun bukan banyak duit.. saya tahu tu.. baju raya abah, x pernah pun berganti sejak 3 tahun lepas.. jubah putih..
sedangkan anak2.. semua dapat persalinan baju baru..emak pun sama.. 3 pasang. tapi untuk abah? tiada apa-apa.. abah sangat sederhana.. pentingkan anak2 dari keperluan diri.

kkalau emak masak udang besar, abah makan yang kecil.. yg besar utk anak2.. seawal jam 5 pg abah dah bangun.. untuk ambil ikan.. petangnya.. baru pulang lepas meniaga. malamnya, ajar aiman baca buku, sampai jam 10.. kemudian, ada saja kerja yang abah buat sampai jam 12 malam.
abah bukan makin muda. abah dah tua.. abah kena banyak rehat. gg abah pun dah hilang semua. rambut abah dah memutih.. kulit abah pun dah jelas kedutnya..

sekarang, saya dah mula dewasa..daya dah tau apa rasanya menjd seorg suami, bapa dan kwn kepada anak2..saya mulai paham apa itu tanggungjawab..

skrg saya faham mngapa abah sukar utk pamerkan rasa kasih kepada kami..sebab abah lelaki, abah ada ego.. bukan bermakna abah x syg.. abh sayang.. cuma abah x pandai pamerkan..

mcm saya juga abah.. bukan sy x sayang.. tp sy x pandai pamerkan..
buktinya, waktu kaki saya ditimpa tong gas waktu g meniaga dulu.. mula2 x sakit.. 4 jam kemudian, dia mmbengkak biru dan x boleh berjalan..

abah yang mula gelabah dan jd risau.. terus dibawak jumpa bomoh. abah tahankan supaya x menangis.. abah peluk supaya hilang rasa sakit.. abah jaga sampai kaki saya benar2 sembuh.

ketika saya kecil.. mak cakap, saya ada asma.. mcm2 benda abah buat utk bg hilang asma, dah banyak duit yg abis.. tp x jugak lega2... bila petang2, abah terpaksa larikan saya di ban belakang rumah.. untuk elakkan saya menangis. itu kata emak..

tapi, saya dapat lihat kasih sayang abah pd aiman. kata emak, abah lakukan perkara yang sama juga kepada kami.. tapi, saya x ingat abah.. saya masih kecil..

sebelum ke sekolah, aiman akan disiapkan oleh abah, dimandikan, dihantar sampai ke depan sekolah. aiman mmg manja dengan abah.. aiman mmg ikut muka abah pun. haha.. bila petang, abah ajar dia baca muqaddam.. sekarang, dia dah boleh baca quran dengan baik. kata emak.. kami juga begitu masa dulu..

kata emak.. dulu saya ada seekor arnab.. abah yang beli. satu untuk saya, satu untuk abang.. tapi, saya takut pd arnab, sama takut dengan kucing.. arnab saya mata merah.. hari2 saya bg dia makan ikut lubang kandang.. itu saya ingat.


saya x tau, kenapa sy ingat pd abah sangat malam ini.. mungkin rindu.
abah, x lama lagi.. abah dah boleh berhat senang lenang kat umah.. x payah kerja2 lagi..
anak abah neh dah nak jd cikgu abah..

abah.. abah bangga x dengan saya?

pembunuh kucing tampil meminta maaf.



ni hah, ngah wat stetment minta maaf secara terbuka pas reramai dok kutuk n laknat perbuatan dia.. layak ke nak maaf mcm tu jek?


ni plak gambr kanoti dia.. cap, baju, kasut, rambut n size badan yg gemok ittew!




tuan tanah pasti, ramai yg dah tau isu neh kan? pembunuh kucing yang dah pun dikenalpasti sebab kantoi dek cctv..

tuan tanah x tau apa jenis manusia dia neh.. sampai sanggup pukul kucing yang masih kecil dan x tau melawan dengan payung, disepak bertalu2.. gamak kuat sangat, kau g pukil rimau la, nak maki lebih2.. kot kena saman plak.. tp, paham sndr lah kalau dah jenis mcm neh..

biar muka x cantik, tp berbudi..dia neh, dua2 out. tomboi plak tu. ko feeling kuat la?

maybe dia x tau ada cctv dok rekod, n dia pun sesuka hati la dok seksa anak kucing tu, tanpa ada simpati..

sedangkan dlm video neh, mak kucing neh sanggup nak dtg selamatkan anak dia , walau kucing neh pun tahu dia bakal mati. tapi, dia lari jugak ke anak dia. tp, si cina neh halau ibu kucing tu dengan payung. kao tgk?? ibu kucing tu pun tau rasa kasih.. rasa syg..

ko neh sebagai manusia, x tau ke sume tu? x cukup kasih sayang ke hape?? eeeii..geram plak ak.
skrg neh. kalau bab2 seksa, kucing jd mangsa.. kat korea, kat jepun.. dipijak2 anak kucing dengan heels sampai mati.. keje sapa? keje pompuan cantik..diorg pakai cantik2.. pakai kasut tumit tggi, pastu meula cium kucing tu, belai2..sayang lah kononnya..pastu dipijak2.. sampai mati.. tuan tanah rasa kucing neh diorg dah suntik dulu sebelum dipijak2, sebab dia x lari..lali jadiknya..

tapi kes cina kat malaysia neh.. anak kucing, dah dipukul dengan payung, tertiarap lah..nak lari camne.. kecil lagi.

tuan tanah pun geli dengan kucing, sumpah geli.. tapi, x de la sampai tahap nak menyeksa, plus tuan tanah yg seksa diri sndr, kalau kucing ada lalu kat bawah meja, tuan tanah angkat kaki, lenguh pun lenguh lah..lama pun lama lah..x de la plak nak sepak dia ke, nak terajang dia ke..

tapi, kao neh.. haii.. kalau la ak neh hakim.. duduk la kao dengan 100 ekor kucing dalam penjara n ko jaga semua kucing2 tu sampai dia beranak pinak jd 10000 ekor!!

1 ekor mati, tambah penjara 10 tahun!

kalau sebelum neh, kat korea n jepun.. skrg neh..hah, amek kao.. kat serdang! mana tu? new zealand kah? malaysia deh.. x abis2..seksa anak, seksa binatang. dah kenapa????

menurut sumber dari internet.. mak dia kata dia sedih dengan perbuatan anak dia. ye la.. mana2 mak pun mmg camtu.. kalau dah anak buat jahat, mak mana x sedih? lain lah kalau mak pun perangai sama naik dengan anak. tu lain kira lah..

siap plak mention kata bsnes dia x jalan sebab kes anak dia..org ramai dok marah2 n nasehat.

ok, lupakan bab mak dia..mak dia x salah.. anak dia yg salah. kita neh bukan tuhan nak hukum org, n tuhan pun ampunkan umat.. tapi, kalau nak diambil nilai kemanusiaan.. apa guna kao jd manusia? mana2 agama pun, x kira la islam ka, hindu ka, kristian ka, buddha ka,.. ada ka dok ajar seksa menatang? unless menatang tu bahayakan kao. ulaq ka, qimau ka.. boleh la kao nak pukul sepak dia.. ni anak kucing.. haiwan kesayangan baginda.. ok, kao cina.. lupakan saja.


pastu, ada plak persatuan malaysian dogs deserve better nak sponsor kos biaya dia buat rawatan mental..kot2 gila ke , psiko ke.. kat University malaya Medical Centre. hebat.. tapi, mcm tuan tanah kata td.. pas dia buat rawatan tu, tempatkan dia dengan kucing2.. bg dia insaf!

kalau naomi campbell yg model ternama tu pun kena buat khidmat sosial n kena penjara sebab baling hp kat pembantu rumah dia.. ni kan plak, cina tomboi yg pukul sampai mati.. x kan la kasi ceramah jek..

eeeiii!! geramlah!!!!




ni video bg sapa yg berani n sanggup tgk.. tuan tanah x sanggup.. tgk sekerat ja. kesian!

Saturday, March 5, 2011

hobi baru yang dtg tiba2

maybe sebab bosan dan kedaung, tuan tanah pun kemas2 la bilik.. adakah itu hobi? tidak lah..sebab dah semak kepala tgk bulu2 gugur di tepi2 kerusi, tilam dan jubin2 lantai..ahhh.. korang yg laki x yah tipu la.. tetambah kalau yg sepisis bulu betis x nak kalah ngan bulu rambut, merasa la semak dengan bulu2 kecil jah d bilik korang2..ok, melalut..

dalam dok kemas2 bilik. tuan tanah terdengar la satu bunyi aneh.. apaka? paapp..papp..pappp
cenggitu lah bunyi dia.. dimainkan oleh dua manusia.. kekadang, terdengar bunyi "argghhh!!"

OMG!! apakah? sebabkan bilik tuan tanah ada tingkap seluas alam, maka tuan tanah pun ngendap lah.. sah!!
ada dua org ngah main. over lah! tengah2 panas pun leh main.. siap jerit " apa x sampai pun.. kuat la sket" terbalik meja laptop**

x sangka hosmet tuan umah mcm neh.. ya lah, ingatkan depa sume malas senaman, rupanya tengah dok galak main badminton kat bawah.. hiks*

tapi,agak la.. tengah ari buta men badminton, buatnya kao pitam, sapa yg susah..

ptg tu.. tuan tanah dah kemas bilik, dah cuci baju segala lipat bagai. ada mak2 x yg baca belog ini? kalau nak menantu, ambik la saya.. kompom anak makcik dapat payung emas kelak.. hahaha..

bila dah x tau nak buat apa, tuan tanah pun turun la ke bawah.. merasa la kao duduk bilik, naik turun tangga je la. terpandang la oleh mata tuan tanah yg koko ini kepada sebatang reket yonex.. n sebijik bulu pubis.. eh, tangkis..

so, rasa teringin nak main. sebelum neh tuan tanah x main pun badminton sume.. just jogg n cardio dalam bilik jek.
so, ajak la si wan neh main.. agak seronok rupanya.. walaupun tangan neh separa lumpuh time first2 dok hayun katok bulu ayam. lama2 tera la kan?

so, agak seronok la.. x penat mcm berlari, tp mcm x puas, sebab peluh x kuar banyak n x rasa lenguh2.. sebab more to enjoy badminton neh..

kalau jogging, penat sket.. tp, rasanya, ni la hobi tuan tanah yg baru..

pantang jam d dinding menunjukkan jam 6. tuan tanah sudah terpacak menunggu si wan untuk datang main kat bawah. jogging? skip la dulu seminggu dua neh.. nak main badminton plak..
hahaha

eh, korang yg malas2 senaman tu.. kena la rajin2.. kajian menunjukkan bahawa org yg bersukan, kemampuan mereka d ranjang juga bertambah..disebabkan oleh penghasilan hormon.. so, apa lagik?? lets lah senaman! hahahahha

Thursday, March 3, 2011

maaf..saya x kumpul follower.. saya kumpul pembaca..

wah wah wah..kome sume..bila tuan tanah buhsa x tau nak buat apa, lantas updet belog, kemain korang hencap akan sangsang tuan tanah..

"bohsan eh.. x de keje eh.. ehh ehhhh"
hahaha..

jawapan dia.. tuan tanah byk keje ekceli..tp x tau nape..rajin bebenor plak nak menulis ni eh.. gedik maybe.. atau malas nak layan fbook..

asek layan org yg sama jah.. so, kita updet la belog.. ye dak?
td kat fbbok.. kwn belogger tuan tanah ada updet status..

"pelik..dia dtg blog kita, dia suruh kita plak follow dia"

iya iya lah.. maka jenis sangap dan rinsek nak follower banyak.. mcm la setiap sama yg follow dia leh generet singgit.. tp, kalau ada banyak follower, bangga sket.. ye dok? mcm my senior tuh.. hizami rahim.. senior ok walau tuan tanah lebih tua. dia dah ngajar dah pun, tuan tanah br nak praktikal bulan 5 neh. wowowow..

seikhlasnya.. tuan tanah lebih suka kumpul pembaca dari kumpul follower.. ari2 tuan tanah tgk stats.. dan tuan tanah senyum lebarr.. follower 151 jah.. tp pembaca 380.. lalalala.. matilah girang*

yes.. sapa yg x hargai bila tulisan dia dibaca oleh 380 org manusia.. ada yg dtg dari kl,dr perak, dari sangor, dari klantan, kuantan, ganu..dari iran n israel serta german pun adoo.. pelik, paham pulak diorg baca..seingat tuan tanah, xdok pulak tuan tanah naip dlm english neh ha..
yes la kome..tuan tanah neh, lumpuh bahasa inggeris.. nan adoo reti sangat

lite2 jah!.. so, mcm si capik ni kata td.. btol la..
sesetengah blogger ni suka blogwalking n bg arahan.. "jangan lupa follow ai"

uyaii.. maksa eh? kalau bg KFC snack plate sepinggan xpe la gak.. ni nan adoo hasil nak follow kao..

kalau dulu, jd fenomena kejap dengan pelbagai kontes..skrg nengok mcm dah senyap..

ye la.. masing2 nak buat contest.. tp syarat dia x ley bela..
1. follow saya
2. buat post kat blog anda pasal saya
3. baru boleh join contest saya

mak aiih.. sangat maksud tersirat.. pastu adoo ka hadiahnya pas kontes abis? nan adoo hadiah..senyap2 jah.

hasilnya apa? belog anda bukan sahaja x dibukak lagi pastu, malah akan dikutuk serta dicaci dengan kata2 maki yg menyakitkan hati nurani.. wallah!!

sebab tu tuan tanah x suka nak belog walking, nak promot2.. sebab bg penulis tegar mcm tuan tanah, apa erti follower beribu2.. kalau sendu?

maaf la kalau ada yg terasa dengan entry kali neh.. tp, dah lama nak buat sbnrnya, cuma x de masa.. arini jek rasa nak melaha org sket.. maaf yek..
hahhaa...

alah, korang sesetengah tu mesti ada yg kata camneh..
"alah, dah org x nak polo dia, dia kata la mcm tu.. cuba kalau org polo dia"

sentap**

hahahha.. eh, x kisah la korang polo ke idak. sama jugak.. belog tuan tanah bukan ada nuffnang pun yg leh hasilkan duit tiap kali korang dtg.. nan adoo hasilnyah!..

so, sila shadap! bley ugut pembaca mmc tuh? hahahahaha!!

adios!

what i love to do..

1.. i love cooking!!

yeah.. sangat suka.. terutamanya kalau libatkan masak ayam.. yummy!!
maybe sebab mak n ayah bukak kedai makan, so anak dia jadi suka nak masak.. my dad jual bihun sup yg sgt sedap..muahaha.. tp, tuan tanah pandai buat jenis sup2 jek.. jenis2 lain x pandai..n x minat pun nak masak yg lain.
dari kecik sampai skrg... makanan tuan tanah sama jek.. laksa, sup ayam, ikan bilis goreng n KFC..

n x sah rasa idop d muka bumi kalau x makan sup sehari. x kisah la sup apa pun.. ayam ka, ketam ka, udang ka, kucing ka..erkz!!

2.. i love perfume!!

yeah!! addicted to perfume.. sebut jah apa jenama pun.. tuan tanah akan tau.. narciso, azzuro, paco, ck, bvlgari, dunhill, estee lauder, dashing, follow me sume ada dlm kepala otak.
kalau g kat mall, kaki mesti berenti kejap kat kedai perfume.. saje suka nengok2 botol perfume yg banyak..

penah g kat umah sorg kwn, menangis ok menangis ngok koleksi perfume dia. nan adoo pakai pun... simpan dlm almari kaca jah.penuh 3 almari.. mak aihh! kyo benau kao deh!

3.. i love shopping!!

yeahh.. sapa yg x suka kan? sume org suka kot.. gila kao x suka shopping, sila bunuh diri. ibaratnya, kalau tuan tanah neh kaya, jangan kata imelda marcos, datin Ramjan pun menangis ngok koleksi beg n kasut tuan tanah..
tp skrg yg adoo lah koleksi.. jangan kata satu, nan adoo lansung beg halas tepi, yg adoo, beg g kelas. tu la beg g kelas, beg g kl, beg g panjat bukit..pelbagai guna sangat. kasut pun sama.. sampai x tau dah masa beli dulu, apa warna asal dia..kuning ka ceklat! errk!

4.. i love watches!!

tuan tanah pelik sket, x leh pakai rantai, gelang, cincin atau apa2 aksesori.. so, cuma jam jah yg ada pun.. beli banyak gak la seblom neh.. tp sume koma dah.. yes la. beli kat pasar malam jah.. so, pakai 2 bulan..koma la. hahaa

5.. i love tee!!!
tuan tanah leh koma kalau masuk cotton-on, grafity tee, ax, ck..
aiyoohh.. kenapa la kao cantik benau!!


6.. i love to eat!!

yeah.. x leh nak kata apa dah.. tp, makan utk idop kan.. ngerr!

7. i love my follower..
yes.. i love u!!!

muaaah!!
hahaha

Wednesday, March 2, 2011

apa yang anda perlu tahu mengenai tuan tanah

1. berbadan besar, tp sangat takot pd kucen!!

blame my mom!! dia yg ajar anak2 dia supaya rasa takot dan larekk bila nampak kucen.. bley mcm tu? hahahah...
tuan tanah mmg takot, mmg geli dan mmg akan larekk bila nampak kuceng. tp, kwn2 tuan tanah sume suka kucing.. aiyooh..
x tau la kat mana comelnya, tp bg tuan tanah, kucing langsung x comel!! fakta! kucing lembik**

mmg kucing kesayangan baginda.. tp, dah nak buat camne.. tuan tanah mmg x ley bla dengan kucing. ibaratnya, kalau kuceing lalu, mmg tuan tanah akan undur diri. ngahahaha..

selain dari ituh! bukan kucing sajok, segala binatang2 berbulu, termasuk ayam.. pun tuan tanah takut! matilah pondan kah? petir**
mcm aritu, kalau balik kampung, sure tuan tanah punya ayah akan bahan tuan tanah cukup2.. dipaksanya pegang ayam sebab dia nak sembelih.. saat ayam tu sakit kena potong leher, tuan tanah jerit sama naik ngan ayam tu.. hadoo??

tapi! kalau dengan ular, biawak, mengkarung.. tuan tanah x geli.. asalkan x berbulu halus. maybe sebab berbulu2 halus kot.. tu yg geli tuh..

2. tuan tanah lumpuh kalau memandu kereta..
tuan tanah mmg x leh drive.. bukan x usaha.. tp mmg x boleh, bila duduk dalam kereta, jalan tu nampak kecik sajok. x leh nak imbang..kat mana kiri n kat mana kanan pun tatau. so, tuan tanah respek pd mereka2 yg boleh memandu. hiks!!

3. tuan tanah x ley berenang..
masalah neh biasa kot noohh.. tp, mcm pelik la jugakk, badan sesuai dah, tp lumpuh bila d dalam air.. ni pun dah belajar, tapi x jugak dia nak timbul2 kepala neh.. kalau berenang, sure kepala tenggelam ke dasar.. pantek!

4. tuan tanah x boleh menyanyi..
semalam kena kutuk dengan kwn2 kat fb.. sentap!! nak nangis**
yoo lah, suara tuan tanah satu nada jah. bukan suara 8 octakof mcm diorg sume..
bley diirg cakap.. " ko neh nyanyi ke baca sajak"

uwaa!! nak bahu.. nak bahu!! nak bahu!!!!

Tuesday, March 1, 2011

tuan tanah dan kawan2 baru


hehe.. ni sume kwn2 baru yg tuan tanah kenal kat FB.. kenal x sampai seminggu, terus jd rapat dan mmber kamceng.. bley? hahaha.. ekceli, tuan tanah dijemput khas utk befday si boe khalid atau BK neh.. tuan tanah kenal adik dia jek memula.. si RZ neh..pastu kenal plak si BK.. bila kenal dengan BK, adat la kat FB kan, saling add2 pas nampak mcm 1 kepala kan..

diorg neh plak, sekawan geng yg mmg kamceng, siapa da nama kumpulan lagi, D'Cha.. apaka?? pas ditanya2.Dcha itew maksudnya the Carut.. aiyooh** nampak sgt kumpulan neh kuat melaha.

tp, diorg sangat baik ekceli.. mulut jahat di FB jek.. tp sangat humble.. n tuan tanah sgt suka berkwn n mendapat kwn2 baru yg mcm neh..


neh la si beday Boy.. sentap sebab dia nampak jauh lebih muda walau beza umur tuan tanah dengan dia ialah sekali ganda..lareekk**

ntah apa ilmu dia pakai pun tatau la.. erk!

memula tu..kedatangan tuan tanah sbnrnya ala2 x dirancang.. seba si zol neh la ala2 nak buat kejutan pd ahli Dcha..so, waktu diorg invite memula tu. zol suruh ckp yg tuan tanah x leh join..so, tuan tanah pun buat la mcm tu.. dan mereka sume pakat2 plan nak pulau tuan tanah sbb x hadirkan diri utk befday ketua Dcha katanya..

so, tuan tanah pun menyuruk la di secret recipe berjam2 sebelum dibolehkan masuk kat ktv imbi itu, tp, nan adoo la terkejut dah sbb kantoi ngan bday bot tatkala tuan tanah gegas nak g toilet..

hampeh, time tu jugak ko nak g toilet kan BK.. sentaplah!!

tp, xpela.. tuan tanah sgt enjoy dan berterima kasih pd zol, sebab spedo tuan tanah selama 2 ari kat sana.. hoho.. ye la..diorg buat party befday gerend2.. tuan tanah mana la mampu..
tp, sebab zol cakap, usah risau.. " ko bedal jek apa ko nak, sume ditanggung"..

so, tuan tanah hape lagi.. mmg alhamdulillah la.. semoga bsnes forex ko makin untung ye zol. hahahah

ok, let ngok gambr plak!!

haa.. ni gambr ngan bella.. so comel dis gurl.. sapa nak, sila isi borang!

ni plak ngan epol aka snma.. ni time malam..kat menara tinjau.. HAVEN..

wif nangka..

ni plak si riez.. masa kat setabak times square..

ni kat KTV.. mcm dirancang.. yg hadir sume bkemeja sedondon warna.. heee...



ko hadee wig mcm neh?? hahaha.. beday boy sangat seporting yeah.. best kwn ngan maklok neh


upacara memotong kek.. dari kiri, tuan tanah, riez, bk, epol n nangka.. hahaha..

jemput2 .. choc indulgence resipi rasia.. huuuu


ni plak gambr last yg berjaya diambil sebelum kamera mematikan diri buat selamanya.. n dis time, gambr tuan tanah paling banyak dari org lain.. 1st time neh.. sebab apa? sebab si zol neh suka ambik gambr..selalunya, kalau kuar ngan kwn2 tuan tanah yg lain, mcm kena paksa diorg, baru nak ambik gambr.. sentap** hahaha..

tp ok la jugak kan.. ye la..kita neh tulis blog.. xde gambr kang..org cakap crita syok sndr.. ngerr..

sayang kamera abis time2 camtu, kalau x, leh tayang makanan2 tuan tanah.. hebat ok..hahaha..
ye la.tuan tanah neh, merasa makan kfc pun bila umur dah cecah 22 tahun.. so, dapat makan stik2 bagai neh..kira hebat yg maha sungguh la..

wokeh.. tuan tanah ekceli bz dengan ujian, esaimen n tesis.. so, nak blah dulu.. jap g ada ,map test plak jam 8.. huhu..pastu ada kursus lagi.. T.T..

ok..sehingga bertemu lagi d lain masa..
assalamualaikum ....