Sunday, July 31, 2011

kemeja branded grade AAAAA rm 60











ada mcm2 jenis corak, bentuk, warna, size.. pm me kalau nak.. inbox at payedd87@yahoo.com

bgtau model. warna n size..

stok adalah terhad..hehe..

so, korang yg melangut kat sini boleh la beli buat adiah pd bf. pd ayah. pd kwn or pakai buar raya..

untuk cikgu2, sure anda akan kelihatan nsem sekali kalau pakai g ngajor. heee

Saturday, July 23, 2011

saya bangga!!


saya bangga.. walaupun br mengajar dan bukanlah guru ttap d sini.
tapi saya bangga sebab saya mampu utk laksanakan tugas dan tanggungjawab saya dengan baik.

jangan kita merungut kalau dapat kelas yg tercorot, kerana belakang parang, kalau diasah tetap tajam..

jangan dikata pelajar bodoh, sebaliknya berikan kata galakan kepada mereka.

pelajar yg nakal, pelajar yg lembab, kalau kita marah, tiada guna. sebaliknya puji mereka, beri tepukan sekiranya mereka mampu menjawab walaupun salah, tepuk di belakang badan, dan hampiri mereka tatkala mahu menanya soalan..

kali pertama saya masuk kelas meteorit dan uranus, tepuk dahi.. pencapaian yg agak lemah dan pelajar yg tidak berminat utk belajar.
pd peringkat permulaan, saya gunakan kekerasan, hanya utk membuatkan mereka hormat..

saya berjaya, mereka hormat, mereka takut.. tetapi, tiada ikatan. apa yg saya ajar, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.. teknik pembelajaran 1 hala tidak berjaya..

minggu kelima, saya mula sedari, sesuatu yg tidak selesa.. pelajar membenci saya,

masih segar dalam ingatan, waktu saya 2 masa.. maksudnya 1 jam.. pelajar langsung tidak berbuat bising dan hanya melihat dengan pandangan yg bosan, saya tahu itu..
kemudian, guru utk subjek seterusnya datang dan maklumkan dia ada meeting n mintak saya ganti.

maksudnya, saya mengajar kelas yg sama 2 jam, subjek sejarah. br 15 minit mengajar, seorg pelajar tepuk meja dan cakap dengan kwn dia dalam nada perlahan..

" bila cikgu nak keluar ni"

pelajar lain plak mula buat hal masing2..

buat pertama kalinya.. saya terkilan..

kemudian, saya cuba utk dekatkan diri dengan pelajar, mujur saya punya 1 idea yg bagus.. dan akhirnya, pelajar dapat menerima saya dengan baik. kalau dulu mereka benci dan x sabar2 untuk habiskan subjek, skrg mereka ternanti2 dan gembira apabila saya masuk menggantikan guru yg lain..

caranya bagaimana?
utk pelajar yg lemah, usah kita bebel panjang dengan mengajar, berikan mereka latihan. tapi, lakukan d dalam kelas!

misalnya utk subjek bahasa melayu khusus tatabahasa.. tiada guna kita terangkan apa maksud ayat pasif atau kata nama, frasa nama dan sebagainya lagi. mereka tidak akan paham.

sebaliknya, ajar mereka selama 15 min dan berikan contoh yg sesuai. dan kemudian, berikan latihan.. sekiranya jawapan yg diberikan salah, jangan disorak atau didenda. sebaliknya tepuk perlahan d belakang mereka dan berikan pujian sebab berani mencuba.

jika masih tidak boleh jwb, berikan mereka klu.. saya paham dengan keadaan dan situasi pelajar lemah..
dan saya bersyukur saya memilih sekolah yg agak hebat dari tahap kenalakalan pelajar dan masalah disipilinnya..

dan kalau pelajar bosan, gunakan kemahiran IT yg ada. jika subjek sejarah itu bosan, tukar pandangan mereka dengan tayangan video berkaitan bijih timah, getah, kereta api, keluarga brooke dan sebagainya lagi. belajar dengan mggunakan buku mmg bosan, gunakan warna dan kemudahan teknologi yg ada.

selain membuatkan ia kelihatan lebih menarik, pemahaman pelajar juga akan meingkat.
buktinya?? 15 org pelajar saya mendapat A.. selebihnya? saya berbangga dengan keputusan mereka.

:)

Thursday, July 21, 2011

apabila bosan di bilik guru



bukanlah nak kata pemalas atau makan gaji buta ..since cuma praktikal jek, x salah kan kalau mengulat sekali sekala? hahaha.. bukan dapat gaji pun. boleh pegangan idop mcm tu?

xdela, ni sesaja jek .. tuan tanah guru dedikasi ye.. xde masa nak ulat2. setiap masa ada jek aktiviti dan faedah yg dibuat..
ini bukti saya bakal guru dedikasi 2013

antara yg tuan tanah buat di sekolah ialah


1. of kos la mengajar kan..
2. semak keje umah setudent
3. buat RPH
4. usyar cikgu2 pompuan yg bukak kedai tesco dan giant kat bilik guru. erk**
4. kacau student2 yg putih melepak..

ok, dua kali 4 maksudnya tingtong mabuk gam kasut.. high**

sebabnya, kasut tuan tanah yg tapaknya sedih nak tecabut tu, dah tukar dengan tapak baru dah.. haha.. tp, dah nama pun brg lama, dah mula mcm nak terkoyak2 plak. haisshh..
sebelum make over

selepas make over.. tetap buruk la kan? hahaha..

eh2.. taraa!! hahaha