Friday, March 25, 2011

membawa hati yang gundah dan lara







manusia tersenyum, ramai..
manusia ketawa, juga ramai..
bangga mereka pamerkan senyum.. riang mereka lafazkan tawa..

tp, manusia yang sedih itu, lebih ramai..
manusia yang kecewa itu, lebih ramai..
cuma tiada mereka tunjukkan..

kerana lumrah.
siapa juga yang mahu kesedihan dirinya dipertontonkan umum?
siapa juga yang mahu ksusahan yang dihadapinya diperlihatkan dengan pandangan yang zahir?

tiada sesiapa.

mungkin lama fizikal ini terperap d bilik..
mungkin lama otak aku tidak menyedut udara yang bersih..

dalam malas, ak gagahkan diri ke tasik proton.
Tg.Malim tidak punya banyak tempat menarik utk dilawati..
tiada!
apa yg boleh dibanggakan cuma pau yik mun dan air terjun..
selebihnya? tiada..

cuma entah kenapa..
kalau ak punya masalah..
sekiranya ak punya beban d kepala..
sekiranya jiwa ini merasa tidak renang..
sekiranya diri ini merasa kelam dalam terang..

ak akan ke sana..
tasik proton..
tiada apa yg menarik d situ selain dari puluhan manusia yg beriadah..
tapi, pandangannya mempersona..


rezeki aku..
tidak ramai manusia berada d sana petang semalam..
jd, ak boleh bersendiri..
boleh utk ak menangis sekiranya ak mahu..
boleh untuk meratap sekiranya ak tidak malu..

tp, ak tidak!
hanya berdiri d atas seketul batu..dan perhatikan kawanan itik yg berenang..
aneh, itik juga punyai koloni nya sendiri,
diasingkan antara warna hitam dan juga putih..

sama sepertinya manusia.
yang punya koloni dan kelompoknya sendiri..
cuma ak ini manusianya beza..
ak tidak punya koloni..
ak ini, perginya kemana jua sendiri..

tidak punya teman yg ramai.
tidak punya kwn yg akrab.. kecuali di kota besar itu.

di tanjung malim..
kemana juga ak pergi.. tidak pernah berdua.
segalanya sendiri..

jadi, bila ak punya masalah..
tiada telinga yg boleh ak perdengarkan apa yg ak hadapi..
jika ak sedih,
tiada bahu yg boleh ak pinjamkan utk ak tangisi
jika ak gembira..
tiada ketawa yg boleh ak dengarkan utk berkongsi suka
jika ak melara..
tiada tangan utk hangtkan sejuk yg ak rasa.

tuhan..
jangan lagi diuji diri ini..
ak insan lemah.. imanku cuma senipis kulit bawang..
ak insan hina.. yg bisa jatuh kepada sebarang godaan.. walaupun sekecil hama..
ak insan yg tidak punya.. jangan lagi diduga, walau dengan cubaan yg sekecil perkara..

tuhan,
bukan ak mengeluh..
bukan ak merintih..
cuma ak mahukan..
sedikit rasa aman..


hari sudah mula tampakkan kelam..
petanda malam akan melabuhkan tirai..
dan siang akan dihambat oleh cahaya suram..

6 comments:

  1. Awat hang sedih nok?? Cuba habaq mai sat...

    ReplyDelete
  2. kagum tul aku ngn org yg pandai menterjemahkan apa yg berada dalam fikiran dalam bentuk penulisan...

    nice posting cikgu..sgt menarik... ^_^

    ReplyDelete
  3. izuan: banyak masalah.. hahaha.. x leh nak habaq..ni sulit sangat neh.. erk!

    cikedis: tq2.. singgah lagi ye.. jgn memalu

    ReplyDelete
  4. mmg selalu singgah tp selalu gak takder idea nak drop apa kat box komen ko ni..ngehngeh...gomenasaiii.. T_T

    ReplyDelete
  5. cerita ko sama mcm aku bro
    buat apa2 mmg sorang2..
    hanya bila berada kat tempat lain baru aku rasa happy..
    di sini aku alone..xde teman nk meluahkan..xde bahu tempat nk menangis..xde telinga yg boleh dijadikan sbgipendengar masalah kita.
    mereka hanya tahu menghukum tanpa tahu apa masalah kita yg sbnr..

    ReplyDelete
  6. tgk pic tuan tanah nie terasa rindu lak kat tasik proton.... emmm bila la dapat menjengok ke sana... rindu kenangan bersama selam 4 tahun di sana...

    ReplyDelete